TRAGIS! Aktiviti berhibur di pesta ria (fun fair) ketika musim cuti sekolah bertukar duka apabila seorang wanita dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada permainan di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor malam tadi.

Beberapa video kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook dan TikTok, permainan itu beroperasi seperti biasa tanpa permasalahan, bagaimanapun ia bertukar sebaliknya.

Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung pesta ria itu.

Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian kemudian berusaha membantu menenangkan mangsa.

Baca juga Sempat tinggal pesan sayang ibu ayah, remaja 14 tahun maut terjatuh permainan ‘fun fair’ setinggi 430 kaki

Kredit foto: Media sosial

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berikut sembilan info berkaitan;

1. Polis menerima maklumat kejadian berkenaan pada jam 9 malam.

2. Bagaimanapun katanya, polis masih belum mengenal pasti identiti mangsa terlibat dan perkara itu masih dalam siasatan.

3. Ketiga-tiga mangsa sudah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

4. Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak.

5. Ketiga-tiga mangsa berkenaan terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika sedang berpusing.

Baca juga 1 maut, 1 cedera terjatuh roda Ferris ‘fun fair’ Cheras, 10 fakta lengkap mengenainya

Iklan

6. Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah, manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.

7. Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

8. Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

9. Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, iaitu beroperasi tanpa lesen.

Iklan

Berhati-hatilah! Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua agar memandang serius keselamatan diri dan keluarga semasa menyertai aktiviti luar.

Sumber: Sinar Harian, buletintv3

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.