TREND macam-macam dilakukan peniaga untuk tarik perhatian pembeli.

Terbaharu tular di media sosial menjual air berkarbonat dicampur dengan susu pekat.

Menerusi sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali di media sosial, dapat dilihat penggunaan susu pekat untuk air tersebut agak banyak dan air berkarbonat campuran itu dikatakan menjadi trend terkini dalam kalangan masyarakat kita.

Susulan penularan video itu, ia meraih perhatian orang ramai dan mengundang kerisauan warga maya kerana kandungan gula dalam minuman tersebut kemungkinan sangat berlebihan.

Perkara tersebut turut menarik perhatian seorang doktor yang tampil memberi nasihat buat orang ramai.

Menerusi posting di Facebook, Dr Khairy Malik tidak menyangka bahawa air yang dicampurkan dengan dua bahan tinggi kandungan gula itu sememangnya dijual kepada orang ramai.

Baca juga Jangan beli air balang dijual dalam akuarium, boleh undang kanser

 

Sebagai doktor yang sering berdepan dengan pesakit kencing manis (diabetes), dia terpanggil untuk meluahkan rasa kurang senangnya dengan minuman berkenaan.

Khairy yang merupakan seorang pengamal perubatan yang bertugas di unit kecemasan hospital setiap hari mendedahkan menerusi pemerhatian peribadinya, pesakit kencing manis yang berada di unit kecemasan kini terdiri daripada golongan muda selain warga emas.

“Dulu waktu mula-mula jadi doktor, saya cuma nampak orang atas 50 tahun yang ada diabetes ni.

Iklan

“Tapi semenjak dua hingga tiga tahun ni, jumpa orang yang 30 hingga 40 tahun sudah ada diabetes dengan komplikasinya sekali. Lekangan retina, kegagalan buah pinggang dan polineuropati (gangguan pada banyak saraf).

Baca juga Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, 1 juta liter air akibatkan ‘tsunami’, ribuan ikan eksotik bergelimpangan

“Jom la kita sama-sama beringat termasuk saya bahawa diabetes itu penyakit yang sangat bahaya dan susah nak dikawal,” jelasnya lagi.

Iklan

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet turut menasihati orang ramai agar bersederhana dalam menikmati minuman manis kerana boleh mengakibatkan kencing manis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!