KUCING adalah haiwan peliharaan yang setia dan manja. Bulunya yang gebu dan lembut membuatkan ia enak dipeluk. Kecomelan juga membuatkan peminat si ‘meow’ terus tertawan dan menyayanginya.

Justeru, tidak hairanlah kucing adalah haiwan peliharaan kedua paling digemari di dunia selepas anjing.

Berita baik untuk pencinta kucing dan korang yang sedang mempertimbangkan keputusan untuk membela kucing.

Baca juga Kucing Mengiau Hint Sedang Bercakap Dengan Manusia, Layanlah Dengan Baik

Public Healh Malaysia mendedahkan kajian yang dilakukan kepada lebih 4,000 individu dalam tempoh 10 tahun menemukan pemilik kucing mempunyai 30% risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung dan strok berbanding individu yang tidak membela kucing.

Penjelasan di sebalik penemuan kajian ini adalah berkaitan dengan pengurangan gejala stres dan kebimbangan serta tekanan darah yang terkawal.

“Individu yang membela kucing juga kurang sunyi atau rasa keseorangan serta mempunyai ‘mood’ yang lebih baik.

“Jika anda tidak mempunyai kucing, menonton video kucing di internet juga telah terbukti dapat meningkatkan tenaga dan menjana emosi yang positif,” katanya merujuk kajian yang dilakukan Qureshi, Adnan bertajuk “Cat ownership and the Risk of Fatal Cardiovascular Diseases Dalam Journal of Vascular And Interventional Neurology.

Dari segi agama, membela kucing adalah harus manakala berlaku ihsan kepadanya adalah wajib. Namun menyakitinya adalah haram.

Baca juga [VIDEO] Begini Caranya Bagi Kucing Ubat. Doktor Veterinar Tunjuk Step By Step, Confirm Tak Melawan

 

Baca juga Chef Wan Bela Cik Kiah Propa 7 Anak

Iklan

Justeru, bagi pemilik kucing, korang sangat bertuah kerana mempunyai ‘sahabat baik’ yang comel yang manja. Ia tidak disangka boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal menjadi lebih baik.

Menurut kajian yang dilakukan Rakuten Insight pada 2021 ke atas 97,000 responden dari China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Vietnam mendapati sebanyak 26 peratus menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.

Iklan

Manakala anjing pula paling banyak dipelihara iaitu 32 peratus dan ikan pula berada di tempat ketiga selepas kucing dengan 15 peratus.

Rata-rata pemilik haiwan peliharaan dalam kajian tersebut mengakui berasa kurang stres dan tidak keseorangan.

Sumber: Public Healh Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, insight.rakuten.com

Foto: Pexels