SAMBUTAN hari raya sentiasa menjadi perayaan yang membawa kegembiraan kepada semua golongan yang meraikannya.

Inilah masanya yang mana umat Islam meraikan kejayaan mereka melawan pelbagai godaan sepanjang bulan Ramadan.

Malah, sambutan tahun ini amat istimewa kerana rakyat Malaysia berdiri bersama untukmengamalkan penjarakan sosial, bersatu dalam usaha kita dengan terus berada di rumah.

Sambil kita meneruskan amalan ini, kita faham bahawa ada kemungkinan kita tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri ini dengan tradisi rumah terbuka dan pertemuan keluarga seperti yang selalu kita lakukan.

Namun, ketika kita bersedia menyambut hari raya dengan cara berbeza, ia tidak bermakna kita perlu melupakan perkara lain seperti menghias semula rumah kita supaya kelihatan kemas dan cantik di hari lebaran.

Anda akan terkejut bagaimana dinding tumpu yang bercat baru akan membantu menceriakan suasana perayaan. Apatah lagi, raya memang dan akan sentiasa menjadi acara yang berwarna-warni.

AkzoNobel, syarikat peneraju cat dan penyalut terkemuka memahami kepentingan warna dan hari raya anda.

Oleh kerana kebanyakan perayaan dihabiskan dengan berbual di ruang tamu, AkzoNobel kongsikan palet warna kreatif yang serasi bergandingan dengan Tranquil Dawn, iaitu warna tahun 2020 AkzoNobel, untuk menambah sentuhan ketenangan pada ruang tamu anda.

Ruang Tamu Yang Menyerlah

Warna tahun 2020 AkzoNobel, Tranquil Dawn juga dikenali sebagai Grey Jeans adalah ton-sejuk warna hijau dan diinspirasikan oleh warna langit pada pagi hari. Warna tersebut dilihat pilihan warna yang sesuai untuk menambah keceriaan perayaan.

Tukar warna dinding rumah anda! Warna Tranquil Dawn pasti buat anda lebih tenang

Set ruang ini memaparkan kombinasi warna mewah, seterusnya mewujudkan mood yang semarak pada ruang tamu anda.

Tranquil Dawn, mengambil peranan dalam menenangkan ruang ini, bertindak sebagai kontras kepada warna terang di ruang berkenaan.

Tambahan perabot hiasan bermotif bunga dan perabot anyaman buatan tangan, ruang ini menawarkan suasana yang bersemangat dan selesa untuk anda menikmati minum petang bersama keluarga pada Hari Raya pertama.

Ruang Dimensi

Dinding dwi-ton adalah cara kreatif untuk memberi dimensi kepada satu-satu ruang. Ia mengindahkan bilik dengan pecahan pada ruang dinding dan merupakan cara yang kreatif untuk memberikan penampilan yang kuat dan sepadu pada perabot anda.

Tukar warna dinding rumah anda! Warna Tranquil Dawn pasti buat anda lebih tenang

Hiasan ruang ini diperindah dengan paletpastel. Warna yang membahagi dinding diletakkan lebih tinggi untuk memberi suasana kepada ruang tamu, sementara kombinasi warna dwi-ton pula menambah mood santai dan mengalukan.

Suasana Menenangkan

Juga, apabila merancang untuk dinding tumpu anda, sangat penting untuk memahami persekitarannya kerana kita bukan saja mewujudkan dinding yang cantik, tetapi turut berfungsi.

Iklan

Tukar warna dinding rumah anda! Warna Tranquil Dawn pasti buat anda lebih tenang
Set ruang ini mengindahkan arah matahari dan memerlukan dinding hijau serta tumbuh-tumbuhan untuk menyerap kehangatan dan melindungi ruang tamu anda daripada suhu tinggi.

Malah dinding tumpu ini dilengkapi dengan kehangatan ton warna ambar (kuning jingga) pada bahagian bawah, yang memberikan anda mood kesederhanaan dan suasana yang menenangkan.

Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:
• Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052

• Aviator Silver / 30BB 62/044

• Spiced Honey / 00YY 26/220

Kombinasi Keceriaan

Oleh kerana Raya sering dikaitkan dengan warna terang dan ceria, anda juga boleh menggunakan jaluran pelbagai warna seperti set ruang tamu ini.

Iklan

Tukar warna dinding rumah anda! Warna Tranquil Dawn pasti buat anda lebih tenang

Jaluran pelbagai warna ini memberi kesan percanggahan yang bergaya, dan dengan menggunakan warna kuning dan merah jambu, ia mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak.

Dua warna ini juga menambah suasana riang, terang dan bersemarak pada ruang tamu, dengan Tranquil Dawn yang bertindak sebagai penyeimbang.

Berikut adalah warna yang digunakan dalam set ruang ini:

  • Tranquil Dawn / (Grey Jeans) 45GY 55/052
  • Cedar Shadow / 50YR 36/263
  • Sapling / 50YY 51/519

Dengan semua cadangan yang kami berikan, kami tidak sabar untuk menambah warna baru yang
menyegarkan pada ruang tamu anda. Tidak kira apa palet warna yang anda pilih, mana-mana warna
itu akan menggandakan lagi mood ruang tamu anda, hiasan yang sempurna untuk sambutan Hari
Raya.