SEJAK tiga hari lalu, bertebaran di pelbagai laman sosial klip video dan mesej lucah yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, tampil mengatakan perbuatan menyebarkan bukti dan maklumat itu jelas mengganggu proses siasatan polis ke atas pendakwah terbabit yang kini masih berjalan.

Katanya, segala bukti dan maklumat berkaitan dakwaan salah laku dan gangguan seksual dilakukan seorang pendakwah terkenal sewajarnya diserahkan kepada polis dan bukan disebarkan di media sosial.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran video dan mesej lucah berkenaan kerana ia mengganggu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pendakwah terbabit.

“Kita minta orang ramai di luar sana agar menghormati siasatan yang kini sedang dijalankan secara lebih terperinci pihak polis.

“Patuhilah undang-undang kerana kita tidak mahu kenyataan yang disebarkan itu mengganggu siasatan kes yang sedang berjalan,” katanya dalam satu sidang media.

Selain itu, pihaknya memohon orang ramai yang mungkin mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan supaya tidak menyebarkannya di media sosial.

“Hantar terus kepada polis bagi membolehkan kita melengkapkan kertas siasatan (ke atas pendakwah) seterusnya merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara,” tegas beliau.

pakaian kelas online

Pihak polis turut berharap perkara tersebut diambil maklum dan difahami oleh semua pihak yang mempunyai maklumat.

Iklan

Baca juga Sedia masuki fasa pertengahan perkahwinan, tempuhi krisis, konflik

Dalam pada itu, Abd Jalil turut berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Iklan

Menurutnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Justeru, jadilah pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menyalahgunakan platform yang sedia ada.