Twitter umum pemenang Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia, iktiraf jenama yang melakarkan impak terbesar tahun ini
WALAUPUN berhadapan dengan pelbagai cabaran, tahun 2021 turut memberi sinar harapan.
Pada masa sama, dalam tempoh tersebut, kita dapat melihat beberapa kempen luar biasa. Mereka nampaknya tidak terpengaruh dengan cabaran yang dihadapi, malah, mengambil peluang untuk menaik taraf kreativiti mereka.
Jenama-jenama terkemuka di negara ini dilihat telah menggunakan pelbagai ciri istimewa Twitter seperti kerjasama dengan individu berpengaruh di laman sosial itu ataupun menggunakan semangat kepelbagaian adat di Malaysia untuk melancarkan kempen yang unik dan menarik.
Objektif untuk kebanyakan jenama bukan semata mata untuk menjadi trending, tetapi untuk melakarkan impak yang berkekalan.
Sebagai pengiktirafan terhadap usaha luar biasa itu, Twitter semalam mengumumkan Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia untuk meraikan jenama-jenama yang telah berjaya mencipta kempen-kempen yang memberi impak yang hebat.
1. Best Campaign for Driving Positive Change in Society
Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, Axiata (@axiata) tampil ke hadapan dengan pelancaran kempen #AdvancingToZero.
Kempen tersebut mempamerkan ahli pekerja Axiata dalam usaha mereka untuk mencapai matlamat sifar bersih pelepasan karbon.
Inisiatif itu bertujuan untuk memerangi peningkatan suhu bumi agar manusia dan planet dapat wujud bersama dalam keseimbangan.
2. Best Brand Voice
Kenangan zaman kanak-kanak kadangkala akan mengingatkan kita kembali kepada hidangan-hidangan semasa kita kecil yang membangkitkan kebahagiaan dalam diri.
Menggunakan unsur nostalgia zaman kanak-kanak, Milo Malaysia (@MiloMalaysia) melancarkan kempen yang mengharukan iaitu #TimeforMilo, ketika sambutan Kemerdekaan Malaysia.
Kempen itu menghasilkan perbualan dan penglibatan positif di Twitter yang membawa kegembiraan kepada semua rakyat Malaysia ketika mereka meraikan ‘suara seorang kawan’ dari zaman kanak-kanak mereka.
Walaupun ada kalanya kita masih tidak pasti sama ada untuk menyebutnya sebagai Mai-lo atau Meelo, kita semua bersetuju bahawa #TimeforMilo adalah tempat untuk dijadikan kenangan.
3. Best Use of Video
Ketika dunia sedang mendepani wabak Covid-19, McDonalds Malaysia (@McDMalaysia) secara kreatifnya menzahirkan semangat Ramadan dengan memindahkan pengalaman luar talian ke dalam talian melalui beberapa siri video mempamerkan watak 'Syukur' dalam perjalanannya menghayati nilai-nilai bulan suci itu.
Kempen berkenaan adalah satu kelas induk dalam penggunaan visualisasi digital untuk menyampaikan kisah yang berhubung dengan semua rakyat Malaysia.
McDonald’s Malaysia berbesar hati menerima Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia, untuk tahun kedua berturut-turut. Kemampuan berkomunikasi dengan pelanggan dan peminat kami adalah amat penting kerana kami sentiasa mencari cara untuk berkomunikasi dengan mereka dan berada di tempat di mana mereka paling aktif, termasuk di saluran-saluran digital.
Situasi yang mencabar sekarang telah memaksa kami untuk beralih daripada cara konvensional untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memanfaatkan kuasa media sosial, dan Twitter secara khususnya. Twitter telah menjadi platform untuk kami berinteraksi dengan pelanggan kami dan memahami perkara yang paling penting bagi mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai.
4. Best Campaign from a Newcomer
Turut difahamkan bahawa mereka yang lebih muda telah beralih ke media sosial untuk mencari penyelesaian masalah kulit, AikenMY (@AikenMalaysia) yang memacu rangkaian pensampelan produk penjagaan kulit anti-jerawat mereka, Aiken Tea Tree Oil di Twitter.
Mereka meminta pengguna Twitter untuk Tweet semula menggunakan #AikenTeaTreeOil untuk peluang memenangi sampel produk.
Idea kempen yang ringkas dalam menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa tempatan, nampaknya berlangsung dengan baik antara dengan pengguna dan menjana perbualan di seluruh negara.
Jom follow Sinarplus di Instagram!
5. Best Launch on Twitter
Pada tahun 2021, Netflix Malaysia (@NetflixMY)melancarkan rancangan Money Heist yang bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia, tetapi juga telinga mereka!
Bersempena dengan pelancaran musim akhir Money Heist, mereka mendekati bintang terkenal Malaysia, Yuna (@Yunamusic) dan Orkestra Filharmonik Malaysia untuk mencipta semula lagu tema siri itu.
Hasilnya adalah tafsiran yang hebat dan lagu ciptaan semula mereka itu menjadi ikonik. Pada masa yang sama, Hashtag berjenama #MoneyHeistMY membantu menyerlahkan perbualan berkaitan rompakan.
6) Most Tweeted about Brand
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada awal tahun telah memaksa rakyat Malaysia untuk duduk di rumah, norma baharu itu telah menggalakkan mereka mencari cara untuk mengisi masa lapang mereka.
Tidak hairanlah apabila Netflix Malaysia muncul sebagai pemenang Most Tweeted about Brand.
Antara perbualan hangat yang dibincangkan adalah musim akhir Money Heist dan interpretasi lagu temanya oleh bintang popular kelahiran Malaysia, Yuna.
Sepanjang kempen tersebut, Netflix Malaysia dapat mengenal pasti budaya dan strategi pendekatan yang dapat membantu orang ramai dan kaitkan dengan rancangan kegemaran mereka, turut mencetuskan perbualan organik di sekelilingnya.
7. Best Connection to Culture
Twitter merupakan tempat perbincangan tentang apa yang berlaku di dunia, sambil menyelaraskan minat orang ramai dengan jenama terkemuka.
Ketika negara menyambut Hari Merdeka, Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) memberi penghormatan kepada kecekalan dan semangat perpaduan rakyat Malaysia dengan animasi pendek yang menyentuh perasaan bertajuk Raikan Malaysia Kita.
Video itu menceritakan kisah empat rakyat Malaysia yang mengatasi pelbagai cabaran berkaitan dengan pandemic sambil membantu satu sama lain, tanpa mengira etnik atau latar belakang.
Setiap cerita memupuk sifat perpaduan dalam hati dan menghantar mesej yang bermakna buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Animasi pendek tersebut benar-benar melambangkan hubungan erat antara pelbagai budaya.
8. Best #OnlyOnTwitter
Astro (@astroonline)mempunyai satu cabaran yang mudah iaitu mendapatkan langganan lebih banyak untuk pakej saluran sukan mereka, walaupun pelbagai acara sukan seperti Olimpik dan #Euro2020 tersedia secara percuma.
Syarikat penyiaran tersebut menjanakan perbualan berkaitan sukan dan hasilnya, Astro mendapat pemahaman mendalam tentang komuniti sukan di negara ini.
Sebagai jawapan kepada cabaran itu, Astro mencipta kempen pakej saluran sukan dengan #SokongMalaysia untuk menjana perbualan #Tokyo2020 dan mengumpulkan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara mereka semasa temasya tersebut. Usaha itu boleh dikatakan Astro telah meraih pingat emas!
Kami berbesar hati menerima anugerah terbaik #OnlyOnTwitter sebagai sebahagian daripada #BestOfTweets untuk kempen #SokongMalaysia kami. Disebabkan ketiadaan penyokong atlet Malaysia secara fizikal, kami merasakan kempen kami adalah terbaik untuk mengumpulkan rakyat Malaysia pada satu platform dan memberi sokongan kepada atlet-atlet kebangsaan kami di Sukan Olimpik Tokyo 2020."Kami memanfaatkan Twitter untuk mendapatkan sokongan dan kami teruja melihat rakyat Malaysia berkongsi kasih sayang dan sokongan mereka kepada para atlet sepanjang temasya itu. Malaysia Boleh!" kata Naib Presiden, Pemasaran Kumpulan Astro Malaysia, Robert Middleton.
Dalam pada itu, Pakar Strategi Jenama, Twitter NEXT, Asia Tenggara, Avril Chua berkata, pada tahun ini menunjukkan kepada kami bahawa kreativiti tiada batasannya.
Pada masa sama, ujar Avril, pihaknya benar-benar teruja dengan cara jenama-jenama di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara memanfaatkan perkhidmatan Twitter untuk melancarkan kempen dan berhubung dengan komuniti mereka.
Industri pemasaran kini turut berkembang apabila mereka menggunakan Twitter untuk menerajui cara baharu dan meningkatkan keberadaan jenama dan produk mereka.“Daripada siri pelancaran produk hingga ke penggunaan Twitter yang sangat kreatif, pemenang-pemenang ini turut membuat kami ketawa, menangis, dan berinteraksi. Jenama-jenama ini bukan sahaja mahu kekal trending, tetapi mereka mempunyai objektif untuk memberi kesan yang berpanjangan. #BestOfTweets adalah platform untuk kami meraikan pencapaian jenama tersebut dan kami turut nantikan apa yang mereka bakal lakukan pada tahun 2022," katanya.
Senarai pemenang tahun ini menunjukkan bahawa setiap jenama tidak segan untuk mengambil langkah yang luar biasa.
Tahniah kepada yang semua pemenang tahun ini!
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang