BARU-baru ini pensyarah berpangkat profesor, komputer riba dan pelajar dari keluarga B40 menjadi perhatian ramai.

Dalam perkembangan terbaru Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendedahkan hasil siasatan dalaman yang dijalankan berkaitan video yang bertebaran di laman sosial.

Pengurusan Eksekutif UiTM dalam kenyataan memaklumkan beberapa maklumat didapati seperti berikut;

1. Laporan kronologi video tular membabitkan pensyarah UiTM cawangan Prof. Ts Prof Roshana Takim, pihak pengurusan UiTM telah mengarahkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelaiar) ke UiTM Cawangan Perak Kampus Sri Iskandar untuk mendapatkan lanjut berkaitan kumpulan pelajar dan pensyarah.

2. Proses kenal pasti kumpulan pelajar dan kesahihan video telah diadakan pada 30 Mac 2022 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak membabitkan dua pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan.

3. Hasil temu bual kumpulan pelajar itu mengesahkan video terbabit berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek BCT633 (Construction Economic and Islamic Finance) yang diajar Prof. Ts Prof Roshana Takim.

Baca juga: Kronologi Kejadian Pensyarah Perlekeh Pelajar B40 Tidak Miliki Laptop, Naib Canselor Kongsi Cerita Sebenar

4. Prof. Madya Ts Dr Siti Akhtar Mahayuddin, Koordinator Sarjana Muda Sains (Kepuiian) Teknologi Pembinaan (AP256) mengesahkan pelajar terbabit dan pertemuan telah diatur bersama Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM di Bilik Mesyuarat Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi FSPU, UiTM Cawangan Perak. Turut serta di dalam pertemuan tersebut adalah Prof Ts Dr Roshana Takim pada jam 12.50 tengah hari.

5. Maklumat pelajar dan maklumat juga dikenalpasti dan merupakan pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Pembinaan. Pelajar itu tinggal di Seremban, Negeri Sembilan.

6. Bapa tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan manakala ibunya masih ada dan bekerja sebagai Operator Pengeluaran.

7. Pelajar tersebut didapati menggunakan telefon bimbit bagi kuliah secara atas talian Kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus.

8. Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuk bagi kursus yang diajar pensyarah terbabit.

9.Video bukan direkod dan ditular oleh pelajar sebaliknya telah dirakam dan dikongsi oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial.

10. Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan.

11. Mengikut rekod pelajar ini tidak pernah memohon bantuan zakat Namun memperolehi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Baca juga: 8 tip beli laptop terpakai pelajar universiti, lebih murah sesuai bajet

Iklan

12. Hasil pertemuan itu dapat membantu memberikan gambaran menyeluruh serta tepat berkaitan isu yang di tularkan mendapat perspektif lebih jelas daripada pihak-pihak yang terlibat dan mengharmonikan situasi pihak-pihak terlibat.

13. UiTM memaklumkan pengurusannya melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan iaitu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat setelah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan.

14. Satu lagi pilihan ialah menamatkan kontrak pensyarah tersebut yang diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan lantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran.

15. Keputusan pihak Pengurusan Eksekutif UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi.

Iklan

Terdahulu, sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat itu berlegar di laman sosial memaparkan seorang pensyarah wanita menegur pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.

Menerusi video berkenaan, dia turut meminta kakak pelajar berkenaan menjual gelang emas untuk membelinya komputer peribadi dan mempersoalkan golongan B40.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI