UJIAN keperibadian melalui cara seseorang membawa beg menarik untuk diketahui.

Umum tahu, beg adalah aksesori kegemaran setiap wanita. Bagi sebilangan golongan, beg bukan sekadar objek yang berfungsi untuk menampung pelbagai keperluan untuk dibawa.

Dalam tak sedar, beg juga boleh menunjukkan bagaimana sifat dan keperibadian seseorang yang membawanya.

Ya, kita semua mempunyai cara yang berbeza untuk membawa beg dan memilih jenis beg setiap hari.

Kathlyn Hendricks, PhD, pelopor dalam bidang psikoterapi tubuh dari Hendricks Institute selama lebih dari 45 tahun berkongsi keperibadian berkongsi pandangan terhadp cara membawa beg atau juga dipanggil tas tangan seperti yang dilaporkan oleh Dazzling.

1. Di bahagian belakang

Kedudukan membawa beg di bahagian belakang ini menunjukkan bahawa korang seorang yang sibuk. Gaya ini mengatakan bahawa kebebasan bergerak adalah penting bagi korang.

Selain itu, pembawa beg semacam ini juga adalah jenis orang yang suka diambil kira semasa melakukan sesuatu. Suka merancang dan berpotensi untuk menjadi pemimpin yang hebat.

“Pemakainya mengutamakan kebebasan bergerak daripada elemen yang dipaparkan,” kata Kathlyn.

2. Di bahu

“Cara ia dibawa menunjukkan keutamaan seseorang itu terhadap keperluan dan fungsi,” jelas Kathlyn.

Seseorang yang menggunakan beg di satu bahu bermaksud orang yang bebas dan mengutamakan keselesaan.

Korang juga tidak begitu peduli dengan banyak perkara. Hanya akan melakukan apa yang korang mahu, bila-bila masa korang rasa perlu, bahkan tidak berfikir sejenak tentang bagaimana orang akan bertindak balas terhadapnya.

3. Menyilangkan di tubuh

Jika korang mengenakan tas dengan cara menyilangkannya di tubuh atau menggunakan tas selempang, itu bererti korang adalah orang yang cukup berhati-hati.

“Gaya mengenakan tas ini sering menunjukkan keperibadian yang lebih berhati-hati, seseorang yang pendiam atau pemalu. Pandangannya ke bawah dan postur tubuh yang sedikit dilipat mendukung saran keperibadian yang agak defensif,” jelas Kathlyn.

Namun ketika tas diletakkan di belakang tubuh, maka itu menunjukkan sesuatu yang lain.

“Maksudnya orang tersebut memiliki sifat pejuang dengan tujuan yang jelas. Tas itu terkait dengan citra dirinya yang berdikari,” ungkapnya.

4. Di lengan

Kathlyn percaya tas yang dipakai seperti ini sering menunjukkan penekanan seseorang pada status dan posisi. Golongan ini pada dasarnya tidak menggunakan salah satu lengan untuk membawa sesuatu sebesar itu.

“Ini seakan kamu memberi tahu semua orang bahawa kamu tidak perlu menggunakan kedua tangan untuk bergerak di dunia,” katanya.

Menurutnya, cara membawa beg ini seperti korang mahu menunjukkan jenama beg kepada semua orang. Dan tidak syak lagi korang mempunyai minat terhadap fesyen.

5. Digenggam dengan tangan

Iklan

“Mungkin tasnya sangat berat sehingga ia harus menyesuaikan beratnya untuk membawanya,” kata dia lagi.

Ini sama maksudnya dengan membawa beg bimbit untuk menyampaikan betapa pentingnya kerja untuk anda.
“Kamu adalah seorang yang berprestasi. Sangat rajin dan tahu apa pun yang ingin kamu lakukan dalam hidup,” ungkap Kathlyn.

Jadi, bagaimana jika korang suka meletakkan tas di telapak tangan?

6. Di telapak tangan anda

Membawa beg di telapak tangan sangat disukai oleh para bangsawan. Ini bermaksud golongan sebegini suka menjadi tumpuan.

Korang sangat mementingkan semua perhatian biar selalu ada pada korang je. Sebab itu, mungkin golongan ini akan membawa beg yang sangat mahal dan suka menghadiri keraian.

Iklan

7. Di bawah lengan

Membawa tas kecil di bawah lengan, itu bermaksud korang tidak suka membicarakan kehidupan peribadi dengan orang lain.

Selain itu, korang juga tidak mudah terbuka pada orang lain. Golongan ini tidak suka ketika orang lain menatap dan tertumpu pada korang. Golongan ini lebih suka menjadi pemerhati.

8. Tidak membawa tas

Menurut Kathlyn, tidak membawa beg menunjukkan tahap status yang mana korang mungkin menghadapi masalah yang melibatkan wang atau kerja harian.

Tetapi keperibadian ini adalah kumpulan yang paling yakin. “Sekiranya kamu keluar tanpa beg, ini bermakna kamu sangat yakin dan sifat keperibadian itulah yang membezakan kamu daripada orang lain,” ungkapnya lagi.

Kredit: Lifestyle, Suara.com