Untung ada Personal Shopper boleh ambilkan barang

aeon
aeon
A
A
A

BEBERAPA hari lepas tular di dalam media sosial gelagat para suami membeli barang dapur. Maklumlah arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan hanya ketua keluarga khususnya suami dibenarkan keluar rumah.

Macam-macam ragam dapat diperhatikan apabila ada yang terlalu fokus meneliti label dan ada juga terpaksa mencari foto produk di enjin carian internet.

Ini bagi memastikan barangan dipesan isteri atau isi rumah tidak tersalah beli. Bimbang dalam senarai terteranya bunga kobis, tetapi yang dibawa pulang brokoli.

Namun begitu, situasi sedemikian mungkin tidak akan berlaku di pasar raya terkemuka AEON.

Bagi memastikan golongan suami tidak mengambil masa yang lama mencari barang pihak pasar raya menawarkan khidmat, Personal Shopper.

AEONPETUGAS Personal Shopper membantu mengambil barang yang anda perlukan. Foto: Facebook @AEON Retail Malaysia

Dalam bahasa mudah kelompok Personal Shopper berkenaan akan bertindak sebagai pembantu peribadi untuk mengambil barangan yang diperlukan.

Bukan itu sahaja ya, anda juga boleh menyerahkan senarai barang yang hendak dibeli kepada petugas terbabit. Mereka akan uruskan dan pelanggan hanya perlu melakukan transaksi bayaran selepas memperoleh produk. Wow mudah bukan

Jadi selepas ini tiada lagi situasi para suami yang terkial-kial mencari produk dari sebuah rak ke sebuah rak.

Warganet juga nampaknya bersetuju dengan cara ini. Memudahkan golongan lelaki membeli barang, dapat menjimatkan masa dan tidak banyak berlaku pergerakan.

Justeru, semua akan rasa lebih selamat.

 

aeonTAHNIAH ! AEON. Foto: Facebook @AEON Retail Malaysia

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca