SIAPA yang tidak teruja mendengar desas-desus bahawa pihak kerajaan hendak melaksanakan cadangan membenarkan belia yang berusia bermula 18 tahun ke atas untuk mengundi dalam pilihanraya bukan?

Sama ada golongan masih hijau itu sendiri, bahkan pihak parti politik terlibat, pasti terkesan dan merasakan lanskap politik negara bakal berubah dan tidak mustahil didakwa boleh mengalami ‘tsunami’ politik susulan pelaksanaannya.

Terbaharu, tular pengumuman kononnya pendaftaran pengundi pilihanraya berumur 18 tahun ke atas dibolehkan berbanding had umur 21 tahun ke atas yang hanya dibenarkan sebelum ini.

Bagaimanapun, umur 18 tidak dibenarkan mengundi ya buat masa ini…

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia melalui Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan maklumat yang tular itu dalam satu kenyataan media semalam.

Berikut antara kenyataan media SPR yang menafikan perkara tersebut:

Kenyataan media SPR semalam.

Merujuk kepada maklumat yang tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menegaskan bahawa pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksanakan.

Pendaftaran pengundi 18 tahun akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik setelah segala persiapan SPR diselesaikan termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan standard operating procedures (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastruktur. Kesemua persiapan ini dijangkakan selesai selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021.

SPR dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk sebarang perkembangan terkini dan menyeru kepada orang ramai untuk merujuk terlebih dahulu kepada SPR melalui laman rasmi www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-8892 7200 bagi mengelakkan penularan berita palsu.

Netizen turut memberikan reaksi di ruangan komen Facebook SPR berhubung maklumat kenyataan tersebut. Antaranya:

TAK SETUJU… 15 tahun masih budak² hingusan lagi. ape yg diaorg fikir ialah tik tok, cr bf/gf, shopping, game… adakah budak² mcm gini nk suruh mengundi? apa yg diaorg tahu psl negara ni??? umo yg 21 pun blum tentu bleh fikir rasional psl undi² ni… inikan bdk² yg masih sekolah!
biarlah diaorg fikir psl pelajaran je! xyh pening kan lg dgn hal² politik negara ni🤬🤬

Iklan

18-19-20 tahun ni fasa nak kenal kehidupan. Jiwa memberontak. 
Mudah percaya kepada fitnah dan ajakan berhimpun/melawan kerana masih mentah dan jiwa nya rebel.

biar la 21 thn keatas yg memilih. remaja 18-19 thn masih mentah di negara kita

Iklan

Negara lain pun membenarkan remaja 16 tahun mengundi
Ni bila lagi 18 pun ssh ke?

Bagaimana pula dengan anda? Setuju ke idok? -AG #JanganPutusAsaMalaysia