[VIDEO] Cabaran maut! Gila kering terjun macam tu, dah macam main PUBG!

[VIDEO] Cabaran maut! Gila kering terjun macam tu.. dah macam main PUBG!
[VIDEO] Cabaran maut! Gila kering terjun macam tu.. dah macam main PUBG!
A
A
A

JIKA korang ingin lalukan sebarang aktiviti lasak atau merbahaya, korang sememangnya memerlukan kepakaran dan latihan bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

Mungkin dengan latihan dapat menghalang daripada perkara buruk berlaku, namun langkah keselamatan perlu diutamakan.

Korang tak boleh lakukan secara semberono kerana ia sangat bahaya sebagai contoh jika korang ingin melakukan aksi terjun BASE.

Terjunan BASE membabitkan penggunaan payung terjun untuk melakukan lompatan pada ketinggian tertentu.

Syaratnya mudah sahaja, untuk melakukan aksi tersebut korang perlu mempunyai hati kering dan tidak gentar adalah kriteria yang perlu dimiliki oleh peminat sukan ekstrem ini.

Seperti apa yang tular berlaku baru-baru ini di sosial media memaparkan satu video dua individu sedang melakukan aksi payung terjun bersama atau terjunan BASE berpasangan.

Video tersebut yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter telah meraih lebih 138 ribu tontonan dan hampir tujuh ribu perkongsian (retweet).

Terjun dari puncak menara pada ketinggian lebih kurang 300 hingga 400 meter dengan tempoh beberapa saat sahaja untuk membuka payung terjun sebelum mendarat, ibarat menentukan saat hidup atau mati.

Dalam video itu kelihatan pada awalnya dua orang sedang melakukan aksi payung terjun sebelum hampir di penghujungnya salah seorang daripada mereka dilepaskan seolah-olah dia dilihat terjatuh daripada dakapan seorang lagi penerjun.

Individu yang dilepaskan itu nampaknya terus menjunam jatuh ke bawah sebelum dia membuka payung terjunnya sendiri.

Fuh! Gila kering hati dorang. Memang kalau salah langkah atau berlaku mana-mana kesilapan semasa aksi tersebut dibuat, pastinya mampu mengundang padah.

Tidak hairanlah aksi berbahaya terjun pada altitud rendah itu sinonim digelar mencabar maut, sekali gus memberi kepuasan kepada penggemar sukan ekstrem tersebut.

Berikut adalah video aksi payung terjun yang dikongsikan itu:

Amacam kecut perut tak tengok? Hebat betul dorang kan? Selamba jer buat aksi berani macam tu.

Tapi apa pun, SinarPlus percaya si pelaku memang bukan biasa-biasa dan telah menjalani latihan yang penuh sebelum melakukan aksi tersebut. Senang cerita dorang ni dah pro dah.

Aksi dorang saling tak tumpah seperti dalam permainan video PUBG. Ni kes pengaruh PUBG lah ni kot kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca