MEDIA sosial memang sudah menjadi platform ramai orang berkongsi apa pun kisah dalam kehidupan secara terbuka kepada khalayak walaupun kadang-kadang individu itu tidak dikenali kita.

Antara medium yang kerap menjadi tumpuan seperti Instagram, TikTok, WhatsApp, Twitter, Telegram dan sebagainya.

Pada masa sama, sesetengah daripada kita akan mencipta akaun secara private atau meletakkannya orang-orang tertentu pada pilihan close friend bagi memelihara privasi masing-masing.

Namun, ketahuilah bahawa tindakan itu telah mencetus ‘sesuatu’ yang di luar pengetahuan kita semua.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang jurutera teknologi maklumat (IT) @dayanakemesky baru-baru ini, beliau mendedahkan mengenai ciri-ciri keselamatan semasa menggunakan media sosial.

Ujarnya, visual yang telah ditetapkan private dan draft di TikTok dan Instagram (IG) sebenarnya boleh dilihat oleh orang luar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Di WhatsApp dan Google Drive pula dikatakan lebih selamat kerana dilindungi oleh Advanced Encrytion Standard (AES).

Dalam pada itu, wanita itu juga menitipkan pesanan buat perempuan yang beragama Islam.

“Saya nasihatkan agar tidak memuat naik gambar atau video yang membuka aurat di feature close friend IG.

“Ini kerana setiap media sosial mempunyai individu yang akan menapis setiap visual agar ia mematuhi segala garis panduan media sosial tersebut,” katanya.

@dayanakemeskyReply to @iamsitiismail takut juga masa tahu tu, hati hati ❤️ ##jombelajar ##LearnOnTiktok ##TiktokGuru ##techtok ##cybersecurity♬ orijinal ses – ponciklendin

Iklan

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen baru mengetahui akan maklumat privasi tersebut.

Selain itu, pada ruangan komen yang sama, ramai yang mengajukan soalan kepada jurutera IT itu mengenai keselamatan di media sosial.

@dayanakemeskyBenda ni tak ramai tahu. Jom aware! ##malaysiaprihatin ##jombelajar ##LearnOnTiktok ##TiktokGuru ##cybersecurity♬ The Magic Bomb (Questions I Get Asked) [Extended Mix] – Hoàng Read

Iklan

Jadi, SinarPlus berharap perkongsian mengenai ilmu mengenai keselamatan media sosial ini sedikit sebanyak dapat membuka mata pembaca.

Baca juga Bayaran i-Sinar bagi bulan September dibuat bermula 26 Ogos

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!