[VIDEO] Lembah Klang dilanda banjir kilat, Terowong Kuchai, Smart Tunnel ditutup
BEBERAPA lokasi di ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang turun berterusan.
Melalui beberapa ciapan pengguna Twitter, terdapat beberapa lokasi dilanda bencana itu termasuk Jalan Kuchai Lama, Pudu, Shah Alam dan Klang turut terlibat.
Manakala beberapa lokasi ibu negara dinaiki banjir iaitu Jalan Sultan Ismail / Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Raja Laut, Jalan Kia Peng / Jalan Raja Chulan.
Beberapa video dikongsikan memaparkan air naik menyebabkan kenderaan ditenggelami air.
JUST IN : Certain parts of Kuala Lumpur is currently flooded.
? Kuchai Lama is one of the areas flooded.
? An official from Nadma also confirmed the matter that certain parts of KL is flooded to me
?: Social media #banjirpic.twitter.com/EmTPfIO6Wg
— Elill (@Elill_E) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
In Klang Valley, it seems that another occasion of flash floods have occurred after bouts of heavy rain in the afternoon. #ShahAlam#KualaLumpurpic.twitter.com/qIshNqySXn
— Muhammad Mokhzani (@MuhdMokhzani) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Plaza Tol Awan Besar, Lebuhraya Kesas. Klang Valley, kuala lumpur#prayforklpic.twitter.com/ihIJH4v8kE
— Amin Ariff (@AminulYusof) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Aku tengah stuck tengah banjir..adui..serius wey sampai alarm tepi sungai dah bunyi, hujan lebat lagi pic.twitter.com/EchYaCAT93
— . (@fasolatidolena) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Banjir kilat kat pudu. KL. Don't come out here! pic.twitter.com/yfXYLUBYvB
— uya anilahs (@Sarclover) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Dalam pada itu Lebuh raya Baru Pantai atau New Pantai Expressway (NPE) memaklumkan penutupan terowong Kuchai disebabkan banjir kilat.
“Laporan Trafik Terkini Di Lebuhraya NPE. Penutupan penuh Terowong Kuchai disebabkan banjir kilat.
“Sila guna laluan alternatif. Ikuti arahan anggota bertugas dan papan tanda keselamatan.
“Untuk bantuan, sila hubungi talian infoline di 1 300 88 1010,” katanya.
07 Mac 2022 (1620)
Laporan Trafik Terkini Di Lebuhraya NPE.
Penutupan penuh Terowong Kuchai disebabkan banjir kilat.
Sila guna laluan alternatif. Ikuti arahan anggota bertugas Dan papan tanda keselamatan.
Untuk bantuan, sila hubungi talian infoline di 1 300 88 1010. pic.twitter.com/7jwLB3E0e6
— NPE Infoline 1300881010 (@NPEtrafik) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Manakala terowong SMART adalah singkatan kepada Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel) juga dilaporkan ditutup.
1644HRS Terowong SMART di TUTUP SEPENUHNYA bagi persediaan operasi banjir. #SMARTTunnel#1stdualpurposetunnelintheworld#SMARTsharespic.twitter.com/bMholGAoJw
— Smart Tunnel (@Smarttunnel) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
Terowong SMART adalah singkatan kepada Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Stormwater Management and Road Tunnel) juga telah diatifkan untuk operasi banjir dan terowong ditutup.
"Untuk makluman Air Sungai Klang/Sungai Ampang telah dilencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
"Mode 2 telah diaktifkan pada jam 1558hrs," katanya menerusi Twitter.
Untuk makluman Air Sg. Klang/Sg. Ampang telah delencongkan ke Kolam Takungan Berembang.
Mode 2 telah diaktifkan pada jam 1558hrs. #SMARTTunnel#SMARTshares#1stdualpurposetunnelintheworld
Sumber : SMARTJPS pic.twitter.com/9DfFcKTFWd
— Smart Tunnel (@Smarttunnel) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 7, 2022
TIP HADAPI BANJIR KILAT
Fenomena banjir kilat boleh berlaku sekelip mata terutamanya apabila hujan turun dengan lebat. Sebanyak 32 peratus kematian akibat banjir adalah kerana mangsa terperangkap di dalam kenderaan!
Membayangkan diri berada di dalam kenderaan dan jalan di hadapan mula dinaiki air, ia tentunya membimbangkan dan boleh mencetuskan panik.
Namun, diingatkan supaya korang tidak bertindak terburu-buru. Sebaik-baiknya pertimbangkan dahulu beberapa faktor.
- Jika korang sudah terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan air sudah mula naik, pastikan korang meninggalkan kenderaan tersebut dan bergerak ke kawasan tinggi.
- Jika sudah terlalu lambat untuk membuka pintu, turunkan tingkap dan naik ke atas bumbung. Peluang untuk terselamat lebih tinggi jika korang berada di atas kenderaan berbanding di dalam kenderaan ketika banjir.
- Jika berjaya untuk berpaut dan duduk pada apa-apa struktur tinggi seperti pokok atau tiang lampu, terus kekal pada struktur tersebut dan jangan masuk semula ke dalam air banjir.
Cuba mendapatkan bantuan dan memberi isyarat kecemasan sebagai cara untuk menyelamatkan diri.
Perkara terbaik untuk dilakukan berkaitan dengan banjir kilat adalah untuk menjauhkan diri anda daripadanya sedaya mungkin.
Ini kerana selain faktor lemas, penyakit bawaan banjir dan pergerakan air yang laju, terdapat juga pelbagai objek di dalam air banjirboleh menjadi ancaman
Baca juga: Banjir, Air Deras Jangan Sesekali Redah, 10 Perkara Ini Penting Elak Kereta Hanyut Dibawa Arus
Baca juga: Renjatan elektrik kerap terjadi semasa banjir, lakukan 17 perkara ini
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang