[VIDEO] Mata tengok Nur Dhabitah beraksi, tangan sibuk mengait. Gelagat atlet lelaki ini curi perhatian ramai

A
A
A

SEMALAM, Malaysia sedikit lagi menghampiri bagi menambah kutipan pingat di Olimpik Tokyo setelah penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menduduki tangga ke-4 dalam acara akhir 3 meter (m) papan anjal wanita.

Meskipun tidak memenangi sebarang pingat, atlet muda berusia 22 tahun itu menitiskan air matanya kerana berjaya mencatatkan keputusan yang baik di Pusat Akuatik Tokyo itu.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok @astroarena itu, Nur Dhabitah ketika diwawancara sempat menzahirkan perasaannya seusai siap melakukan lima terjunan.

"Saya tidak rasa saya pulang dengan tangan kosong, saya balik dengan something iaitu pengalaman," katanya.

@astroarenaWe will always support you Dhabitah, terima kasih atas jasa anda! ##demi negara ##sokongmalaysia##ganbattemalaysia♬ original sound - Astro Arena

Namun, sepanjang acara akhir itu berlangsung, reaksi spontan seorang atlet lelaki sedang melakukan sesuatu menarik perhatian ramai sehingga menjadi viral.

Atlet berkenaan yang juga penerjun Great Britain iaitu Tom Daley dilihat sibuk mengait sambil menyaksikan persaingan 12 orang penerjun dalam acara berkenaan di kerusi penonton.

@astroarenaTom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker ??♬ nhạc nền - Nhạc Này Chill Phết

Menjengah kembali acara di Tokyo beberapa hari lepas, beliau bersama rakan sepasukannya, Matty Lee telah membuat kejutan menempah podium tertinggi selepas mengetepikan pasukan dari China dalam acara 10m seirama lelaki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tom Daley (@tomdaley)

Bukan itu sahaja, sebelum ini juga, atlet yang berusia 27 tahun itu siap mengait sendiri sarung istimewa buat pingat emasnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Masakan tidak, matanya terpaku menyaksikan persaingan sengit itu, namun tangannya pula sedang menyiapkan seni kait di pentas temasya sukan tersebut.

Difahamkan, Daley yang mempunyai vlog sendiri berkata, beliau sememangnya gemar mengait.

Kata beliau, hobi berkenaan bukan hanya dilakukan pada masa lapang, tetapi ia merupakan salah satu cara berkesan mengelakkan rasa tertekan ketika bertanding.

Menerusi beberapa videonya, Daley antara lain berkongsi beberapa hasil mengaitnya seperti jumper, sweater, dress kanak-kanak dan lain-lain.

Menjejaki ke ruangan komen rata-rata netizan meluahkan rasa terhibur dengan tindakan beliau itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca