Video pendek KJ berucap tular, KKM perjelas salah faham dos penggalak

Video pendek KJ berucap tular, KKM perjelas salah faham dos penggalak
Video pendek KJ berucap tular, KKM perjelas salah faham dos penggalak
A
A
A

DUA hari lalu tular di laman sosial satu klip video pendek memaparkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) pada satu sidang akhbar.

Menerusi video tersebut KJ mengumumkan bahawa dos penggalak hanya diberikan kepada golongan berusia 60 tahun dan ke atas, mereka yang mempunyai komorbid dan yang berisiko mendapat jangkitan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Klip video berkenaan ternyata mengundang salah faham orang ramai.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan menyatakan video tular berkaitan dos penggalak Covid-19 itu petikan video lama.

vaksin

KKM dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan;

1. Video tular itu merupakan petikan dari sidang akhbar KJ sewaktu meninjau perkhidmatan saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 20 September 2021.

2. Pada waktu itu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi dos pertama dan dos kedua masih giat dilaksanakan malah kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa ketika itu adalah 79.6 peratus, masih belum mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa.

Baca juga Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak mulai 3 Februari, berikut 10 info perlu tahu

3. Aktiviti rentas negeri juga masih belum dibenarkan ketika itu manakala aktiviti keluar masuk negara juga masih dikawal ketat.

4. Jelas KKM lagi, pemberian dos penggalak (booster) secara menyeluruh belum lagi bermula pada September 2021 dan ia dilaksanakan secara berperingkat dengan keutamaan ketika itu kepada golongan rentan iaitu warga emas, mereka yang ada komorbid dan golongan terdedah risiko jangkitan.

5. Hanya setelah majoriti golongan tersebut menerima booster, barulah vaksinasi booster dibuka kepada populasi awam yang layak.

6. Pemberian booster ini diperlukan berdasarkan perkembangan semasa pemantauan keberkesanan vaksin serta cabaran yang dihadapi dengan kemunculan varian-varian baharu virus Covid-19.

7. Banyak negara yang tawarkan dos penggalak kepada populasi dewasa mereka seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia dan Singapura.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca