PADA Februari 2011 Malaysia digemparkan dengan satu berita mengejutkan. Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang terlibat dalam satu kemalangan serius dalam acaran keirin.

Kemalangan tersebut menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20cm menembusi betisnya.

[VIDEO] “Saya terpaksa menipu John untuk tamatkan perlumbaan untuk capai misi”

Selepas genap sedekad kejadian tersebut, atas permintaan ramai, Azizul kongsikan kembali video kemalangan ‘splinter’ di World Cup Manchester di laman Facebook miliknya yang didakwa hampir meragut karier beliau.

Berikut adalah perkongsian Azizul :

Iklan

“Beberapa detik selepas jatuh, saya gagahkan diri untuk membuka mata. Keadaan bising dan huru-hara. Saya nampak jurulatih John Beasley berada di sebelah saya.

“John bertanya, “Are you okay Azizul?” Waktu itu saya terpaksa tipu John dan saya tipu diri saya.

“Saya ingin tamatkan juga perlumbaan tersebut kerana saya ingin menjaga status nombor satu dunia dalam acara Keirin ketika itu.

“Saya perlu tamat sekurang-kurang tempat ke empat. Saya pun menjawab, “I’m all good mate, can you help to lift me up real quick?”

“John seperti tak percaya memandangkan keadaan saya ketika itu. Skinsuit korak rabak, helmet retak dan visor pecah. Saya yakinkan beliau lagi.

“Terus beliau angkat saya dan saya teruskan kayuhan ke garisan penamat dengan kesakit tahap dewa.

“Lepas dapat tamatkan perlumbaan, saya lega. Saya tahu saya dapat nombor tiga untuk perlumbaan tersebut, bermakna misi tercapai.

“Terus saya berhenti dan memegang fence ditepi gelanggang tersebut. Waktu itu barulah saya memikirkan tentang keadaan diri saya, tentang kecederaan dan kesakitan yang saya alami.

“Masyaallah sakit sangat satu badan ni, kepala saya berdengung dan seperti ada bunyi tiupan wisel.

“Skinsuit saya koyak rabak di beberapa bahagian. Waktu itu lah, satu pengalaman yang amat pahit buat saya. Dengan tiba-tiba saya dapat merasakan suatu kesakitan yang teramat sangat.

“Tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya yang banyak kali dah jatuh, crash dan cedera sebelum ini, belum pernah merasa sesuatu macam ni dan yang peliknya, semua tertumpu di satu bahagian, iaitu kaki sebelah kiri.

“Saat itu saya tahu ini bukan kecederaan biasa-biasa. Saya pun gagahkan diri untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Apabila saya toleh ke bawah dan memandang betis kiri saya.

YA ALLAH!

Terbukti usaha yang dibuat Azizul telah menunjukkan kepada kita semua bahawa kejayaan akan dimiliki jika setiap perkara itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan disusuli dengan pengorbanan.

Dalam perjalanan menuju kejayaan, banyak dugaan dan cabaran terpaksa diharungi. Namun beliau tetap melangkah ke destinasi. Syabas Azizul! Anda memang layak!

Iklan