[VIDEO] Wanita meraung kesakitan, dakwa dipukul suami. Jiran segera report polis

A
A
A

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac 2020 dek pandemik Covid-19 secara tidak langsung menyaksikan peningkatan kes keganasan rumah tangga.

Situasi tersebut boleh mengakibatkan penderaan baik dari segi fizikal, seksual, emosi, ekonomi mahupun psikologi.

Justeru, keprihatinan orang sekeliling membantu menyelamatkan mangsa daripada terus didera teruk oleh si pelaku.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna @nurbby memuatnaik video menunjukkan perbuatan dipercayai jiran lelaki terhadap isterinya.

Menerusi cerita pemilik akaun, wanita berkenaan telah dibelasah sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah sehingga menyebabkan si isteri itu meraung kesakitan. Lebih menyedihkan, sebelum ini pernah menyaksikan jirannya itu dipijak suami.

Menurutnya, perkara sedemikian sudah beberapa kali berlaku sehingga mengundang simpati dalam kalangan jiran tetangga yang simpati dengan nasib menimpa anak dan wanita terbabit.

https://www.tiktok.com/@nurbby_/video/6973636720822717697?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Justeru, enggan membiarkan si suami bertindak lebih kejam jiran segera menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Tidak lama selepas itu, kereta polis tiba rumah wanita berkenaan. Apa yang menyedihkan mangsa tampak trauma dengan situasi dilalui.

https://www.tiktok.com/@nurbby_/video/6973642053175627009?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6969853329165813250

Warga maya memuji tindakan pantas wanita berkenaan dan keprihatinannya terhadap jiran tetangga.

Rata-rata berasa lega apabila dimaklumkan lelaki berkenaan telah ditahan pihak berkuasa.

Baca juga Suami Kejam Tembak Isteri Dan Sumbat Dalam Tong Biru Akan Dituduh Esok

Semoga yang bersalah mendapat hukuman setimpal manakala wanita berkenaan bangkit semula dan kuat menghadapi trauma dihadapi.

Untuk pengetahuan korang, sebarang tingkah laku memukul atau mendera isteri sama ada secara fizikal ataupun merupakan satu kesalahan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Si pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara jika didapati telah mencederakan isteri.

Berikut langkah-langkah perlu korang lakukan apabila dipukul suami:

1. Buat laporan polis selepas dipukul.

2. Terus ke hospital untuk dapatkan laporan perubatan kerana laporan polis dan perubatan boleh digunakan sebagai bukti jika ingin memfailkan tuntutan fasakh (pembubaran perkahwinan) di Mahkamah Syariah.

3. Ambil foto kesan pukulan dari jarak jauh dan dekat (termasuk muka ) untuk dijadikan bukti.

4. Dapatkan Perintah perlindungan sementara (IPO) daripada mahkamah. Ini akan menghalang suami daripada terus mendekati dan mengasari sehingga siasatan jenayah terhadapnya diselesaikan.

5. Hubungi talian Teledera 1800 88 3040

Bagi korang yang mungkin melalui keganasan rumah tanggan sila ambil tindakan segera. Jangan gadaikan nyawa!

Sumber: TikTok @nurbby dan www.kpwkm.gov.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca