[VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera

[VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera
[VIDEO]Anak bongsu KJ terima dos pertama vaksin Covid-19, ibu bapa daftar anak di MySejahtera
A
A
A

UMUM maklum, negara sekarang sedang melaksanakan pemberian suntikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-Kanak (PICKids) itu telah pun bermula awal Februari lalu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini menyatakan tiada kewajipan suntikan berkenaan seperti orang dewasa.

Pun begitu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) mengesahkan anak bongsunya telah menerima suntikan vaksin menerusi PICKids semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, KJ berkata anaknya, Raif telah selesai dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Baca juga Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak mulai 3 Februari, berikut 10 info perlu tahu

"Alhamdulillah selesai vaksinasi dos pertama untuk anak bongsu saya, Raif di WTCKL. Rasa lega dia dapat perlindungan dari Covid-19," ciapnya.

Tambah Khairy, dia menyarankan agar ibu bapa di luar sana segera mendaftarkan anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

"Daftar anak anda untuk PICKids," katanya.

Baca juga Tiada paksaan suntik vaksin Covid-19 kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Terdahulu, pada 3 Januari lalu, KJ memaklumkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun itu untuk menerima suntikan vaksin menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera.

Jadi, kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan suntikan tersebut kepada anak-anak, kini boleh mendaftar di aplikasi MySejahtera.

@khairykj Bagi yang belum menerima janji temu dos penggalak, hubungi fasiliti kesihatan berdekatan dengan anda yang disenaraikan di protecthealth.com.my. #fyp♬ original sound - Khairykj

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca