[VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, 'ini real Snakes On A Plane'

[VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, 'ini real Snakes On A Plane'
[VIDEO]Gempar ular dalam pesawat ke Sabah, 'ini real Snakes On A Plane'
A
A
A

BAGI yang pernah menonton filem Hollywood bertajuk Snakes On A Plane pasti akan merasakan mimpi ngeri jika kejadian itu berlaku dalam dunia realiti.

Namun, itu yang terjadi dalam negara kita apabila sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas gara-gara muncul seekor ular.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Dikatakan pesawat AirAsia itu dalam perjalanan Kuala Lumpur (KL) ke Tawau, Sabah.

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @edal8808, ular itu dilihat jelas sedang bergerak berada dalam lampu bahagian atas pesawat berkenaan.

Ujarnya, penerbangan domestik AirAsia AK5748 itu terpaksa dilencongkan ke Kuching, Sarawak apabila seorang penumpang menemui seekor ular di dalam pesawat berkenaan.

Berikutan kejadian itu, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Kuching.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata antara mereka menyamakan situasi berkenaan seperti filem Snakes On A Plane.

Baca juga 10 info mengenai pencakar langit ‘Pucuk Rebung’, bakal dijual ratusan juta

ular

Terdapat juga penumpang lain yang turut berada dalam pesawat yang sama menyangka pendaratan cemas akibat cuaca.

Ujar mereka;

"Ingat landing kat Kuching tadi sebab ujan lebat sangat... Itu yang hairan kenapa ada bomba depan pintu kapal."

"Ya ALLAH teringat cerita ular dalam kapal terbang tu... Ini real Snakes On A Plane. Sejak tu fobia tiap kali naik."

Baca juga Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

"Pastikan dia hanya seekor, takut dah beranak pinak dalam tu..."

"Betul-betul mengingatkan tragedi Snakea On A Plane, ngeri!"

"Kes ini boleh jadi sebab pesawat terlalu lama parking. Tambah pula kawasan airport ni kawasan hutan semak samun memang tempat dia la."

Sehingga kini, video tersebut telah mencecah 1.4 juta tontonan dan hampir 50,000 tanda suka.

@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp♬ Suspense Music - Sound Collective

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca