BAGI mereka yang lahir pada tahun 1980 hingga 2000, pasti membesar dengan rancangan kartun lagenda yang masih malar segar sehingga kini.

Antara rancangan kartunnya yang sering ditayangkan di kaca televisyen seperti Sailor Moon, Crayon Shin-Chan, Mr. Bean, Doraemon dan banyak lagi.

Bila sebut sahaja Doraemon, pasti ramai yang meminati kartun Jepun tersebut ketika kecil dulu kan?

Malah, siri Doraemon ini lah yang menceriakan zaman kanak-kanak dahulu. Tepat pukul 7 petang, pasti sudah terpacak di depan TV!

Walaupun kartun Doraemon sudah berpuluh tahun ditayangkan, ia dilihat masih diminati sehingga generasi kini.

[VIDEO]"Suara Doraemon asli... rindu masa kecil", ramai teruja lihat pemilik suara kartun terkenal

Baca juga 26 tahun hidupkan watak utama siri Doraemon, pengisi suara Nobita meninggal dunia

Pun begitu, tahukah korang yang pemilik suara Doraemon itu adalah seorang wanita?

Ya, Wanita tersebut bernama Ruhaiyah Ibrahim. Ruhaiyah ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing.

Dia juga merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi Bahasa Malaysia bagi siri animasi Jepun Doraemon.

Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang penggunanya memuat naik sebuah video memaparkan Ruhaiyah membuat ucapan terima kasih.

Iklan

Namun apa yang mengejutkan dan mengujakan ramai, ucapan terima kasih wanita itu dalam nada suara Doraemon!

Difahamkan, Ruhaiyah diberi bantuan oleh Jabatan Amal Malaysia di atas rumahnya yang banjir lumpur di Kg Kerling, Hulu Selangor tempoh hari.

Ternyata dengan suara bersahaja itu mengundang rindu buat ramai peminat animasi Doraemon.

Dalam pada itu, warga maya juga turut mengambil peluang mencoretkan ucapan terima kasih kerana wanita berkenaan pernah hadir menceriakan mereka semasa kecil dahulu serta mendoakan kesihatannya.

Iklan
@nooraidilputrawah #fypシ #jabatanamalmalaysia #banjir2022 ♬ Doraemon – Animation Toons

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI