Viral teh bunga kekwa liar. Sedap katanya...

A
A
A

KEBELAKANGAN ini ramai pula yang berkongsi 'kesedapan' minuman bunga kekwa liar yang dibuat teh hingga tular.

Ada yang kata sedap, ada yang teruja mahu mencuba dan tidak kurang juga yang masih ragu-ragu dengan 'tahap keselamatannya' untuk meminumnya.

Menariknya, ramai yang berkongsi bahawa air rebusan bunga kecil-kecil biasanya berwarna kuning dan putih tumbuh liar di tepi jalan itu sedap diminum.

Berkongsi cubaannya buat kali ketiga minum minuman itu, bagi Khairunnisa Abdullah turut tidak menafikan air tersebut sedap dinikmati.

Perkongsiannya dalam page FB Berkebun D Rumah turut mendapat banyak respons netizen akan percubaannya itu.

"Saya tengok dah ramai pun yang cuba dan kata sedap. Jadi saya pun teruja hendak mencuba. Lagipun bila balik kampung ada banyak bunga ni tepi rumah.

"Saya cuba buat, cuci bersih-bersih, rendam dan bilas. Dalam segenggam bunga tu, saya rebush dengan tiga ke empat cawan air. Kalau suka boleh tambah gula," kata suri rumah berusia 27 tahun itu kepada SinarPlus.

Tanya air apa

Khairunnisa turut tidak menafikan, rasa air bunga tersebut yang dijadikan teh lebih sedap daripada air sama yang dikotakkan secara komersial.

"Mawar Desa petik bunga nya, balik basuh bersih², rebus bunga dgn air agk². Dh didih masuk kn gula ikut manis yg akk suka. bia kan sampai warna air betukar coklat dh blh mati kan api," kongsinya ketika berkongsi kaedah pembuatan teh itu di FB menggunakan nama Nisa Ieca.

"Rasa segar saja lepas minum. Ada orang kat rumah saya ni pun tanya ini air apa sebab sedap," katanya lagi.

Menurut Khairunnisa, beliau teruja dan berani mencuba minuman berkenaan apabila ia tular diminum oleh orang ramai.

Perkongsiannya itu turut mendapat maklum balas warganet yang telah mencubanya.

Rahimah Imah

Dah cuba masak dan minum air bunga ni. sedap.

Wantie Othman

Tq,, memang sedap kan

Puteri Bongsu

Potong bunga..bsuh bersip..rebus n tambah gula secukup rasa..bile dh sejuk..isi dlm gelas n taruk ais..sy dh wat 2 kli.. Alhamdulillah x mabuk pn?

Murni Arbain

saya pun dah cuba...campur dalam aircteh o sedap rasa mcm mnum teh chrysanthemum la

Tina Naza Binatul Aisyah

Sye minum juge ine bnyk tepi jln ...

Antara komen orang ramai.

Selain itu ada juga yang memberikan komen agar berhati-hati jika mahu mengambil tumbuhan untuk dibuat air minuman.

Cik Salma

Sy penah terbaca.. Ade orang xberapa suggest kekwa yg liar.. Sbb binatang liar selalu kencing.. Kalau yang kita pasti kebersihannya xpe. #tlgsampaikan

Cik Salma t.kasih ats nasihat?

Hj Wanaziz

Lagi satu takut disembur racun oleh anjing liar atau kucing

Zaryn Ismail

Cik Jue xnoklh..kt umoh kite bnyok anjing,kang kencing dok anjing kite g kutip..xnokkkk

Kita pastikan tempat nak ambil dulu

-AG #rantaiankasih

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca