BARU-BARU ini tular kisah anggota polis yang berbelang wajah mereka kerana menahan panas bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Bagaimanapun, wajah salah seorang daripada anggota polis ini dikatakan iras wajah adik kepada seorang warganet yang dikenali dengan nama Ismail.

Abd Jalil Mohd Razak yang telah meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Ismail berkata, gambar wajah polis itu iras wajah adiknya Abd Jalil Mohd Razak yang telah meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Isterinya yang menunjukkan gambar tersebut kepadanya.

“Saya pada awalnya terkejut, sebak kali pertama melihat gambar polis itu, ibarat pelanduk dua serupa. Wajah mereka seiras kalau sekali pandang.

“Memang terkenang kembali arwah adik kerana saya adalah orang pertama menerima berita kematiannya.

“Arwah waktu itu berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tujuh tahun lalu di Perai.

“Saya pergi ke hospital Seberang Jaya menguruskan jenazah, siap mandi dan kafan, baru bawa balik rumah di kampung Che Isa, Nibong Tebal,” katanya kepada Sinar Harian.

Allahyarham merupakan anak kelima dari enam beradik itu disifatkan seorang yang baik hati, ringan tulang membantu ahli keluarga menguruskan perniagaan pasar malam.

Iklan
Wajah polis berbelang iras arwah adik, ingin bawa jumpa ibu
Allahyarham Abd Jalil sering membantu keluarga berniaga di pasar malam.

Allahyarham juga dikatakan sering membantu keluarga berniaga di pasar malam.

“Dia paling rapat dengan ibu ayah, sebab dia bantu keluarga berniaga kacang rebus di pasar malam.

“Ramai orang ziarah jenazah arwah beritahu benda sama, dia hormat orang tua dan suka bantu,” katanya.

Iklan

Bercerita lanjut, dia berharap agar dapat bertemu dengan anggota polis yang dipercayai bertugas di Seberang Perai.

Wajah polis berbelang iras arwah adik, ingin bawa jumpa ibu
Setiap kali pulang ke kampung, Ismail akan menziarahi kubur arwah adiknya di Kampung Che Isa.

“Besar harapan saya untuk bertemu polis itu, kami pun telah berhubung antara satu sama lain. Jika ada rezeki dapat saya bawa berjumpa ibu di kampung. Terubat jua rasa rindu dengan adik.

“Insya-ALLAH jika tamat PKP, ada rezeki, kami akan berjumpa,” katanya.