BUAT warga Selangor yang belum memiliki rumah, ini berita baik buat korang.

Kerajaan Negeri Selangor kini telah membangunkan enam projek Rumah Idaman untuk membantu rakyat yang bekerja dan tinggal di Selangor memiliki kediaman pertama.

Projek dengan kerjasama anak syarikat LBS Bina Group, MGB Berhad dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam, seperti yang dilaporkan melalui Selangor Kini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menterinya, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan setiap unit rumah memiliki saiz luas dan reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga berpatutan.

Ujarnya, lokasi rumah juga mudah diakses melalui lebuh raya selain dekat dengan hospital, sekolah, universiti dan pengangkutan awam yang akan memberi nilai tambah dalam kehidupan.

Baca juga Apa itu crylamide yang viral dalam biskut baru-baru ini? Ini cara kurang pembentukan bahan kimia itu ketika makan

“Kita berharap Rumah Idaman ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Selangor untuk membina kehidupan lebih bermakna,” tulisnya di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Amirudin berkata daripada enam projek itu, Rumah Idaman di Bandar Saujana Putra akan dilancarkan pada November tahun ini dan dijangka siap penghujung 2024.

Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Lokasi dan ciri rumah;

  • Projek itu dibina di lokasi strategik meliputi Bandar Saujana Putra, Shah Alam, Puchong, Cybersouth dan Bandar Puncak Alam.
  • Setiap unit rumah memiliki keluasan 1,000 kaki persegi, reka bentuk praktikal serta dijual dengan harga RM250,000.
  • Rumah Idaman juga dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, dua ruang parkir, seunit televisyen dan peti ais serta kabinet.

Warga Selangor rebut peluang miliki Rumah Idaman, permohonan kini dibuka

Iklan

Syarat Kelayakan / Kriteria Pemilikan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur 18 tahun dan ke atas;

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.

4. Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.

5. Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.

6. Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Baca juga Mudahnya! Gambar dan video kini boleh terus upload ke Instagram melalui desktop

Harga;

Harga bersih Rumah Idaman Selangor adalah RM250,000.

Iklan

Cara Permohonan;

Untuk permohonan, anda perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Semoga bermanfaat!