SEPERTI ramai sedia maklum, sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19, kebanyakan industri dan syarikat-syarikat mengambil langkah untuk memulakan kerja dari rumah.

Bukan sahaja di Malaysia, malahan beberapa negara lain yang turut terjejas dengan wabak berjangkit tersebut telah mengambil pendekatan yang sama.

Semestinya bekerja dari rumah mungkin kedengaran seperti impian bagi ramai orang, tetapi realitinya agak berbeza daripada apa yang diharapkan.

Hal demikian adalah disebabkan terdapat kisah-kisah tentang insiden memalukan dan tidak disengajakan yang berlaku di hadapan kamera telah membanjiri media sosial seperti apa yang berlaku di dunia hari ini.

Sebagai contoh terdapat satu insiden yang mana si suami tidak berseluar muncul ketika si isteri sedang bermesyuarat melalui aplikasi video call.

Insiden sedemikian boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang kini sedang bekerja dari rumah malahan turut tidak terkecuali industri media dan juga penyiaran kerana cara kerja mereka juga kini berbeza.

Beberapa wartawan telah berkongsikan di media sosial bagaimana mereka membuat laporan dan membaca berita dari rumah sendiri.

Wartawan kongsi cara kerja dari rumah

Seperti seorang wartawan ABC News, Dan Ziffer membandingkan rakaman laporan berita yang disiarkan di televisyen dari biliknya, dengan situasi sebenar di mana dia sebenarnya tidak memakai seluar.

Perkongsiannya itu mengundang wartawan lain untuk berkongsikan situasi bagaimana mereka meneruskan tugas kewartawanan masing-masing dari rumah.

Seorang pembaca berita wanita pula, Shannon Bream menghasilkan latar belakang di rumahnya yang membuatkan dia kelihatan seperti sedang membaca berita dari studio hanya dengan menggunakan TV berskrin besar.

Wartawan kongsi cara kerja dari rumah

Iklan

Namun lain pula pengalaman yang dilalui seorang wartawan dari saluran SSN di Florida yang turut terpaksa membawa tugas hariannya ke rumah.
Meminta bantuan ibunya untuk memegangkan kamera, Jessica Lang memberikan laporan tentang virus dengan berlatarbelakangkan dapur di rumahnya.

Namun rakaman tersebut bertukar janggal apabila bapanya yang sedang menyarung baju tiba-tiba muncul dari belakang sambil memperlihatkan perutnya kepada penonton.

Wartawan tersebut hanya menyedari kejadian tersebut selepas melihat riak wajah terkejut ibunya yang sedang merakam di belakang kamera dan terus menjerit.

Iklan

Wartawan kongsi cara kerja dari rumah

Ternyata walaupun bagi seorang yang bergelar wartawan yang sudah menjadi kebiasaan berhadapan dengan kamera, bekerja dari rumah bukanlah sesuatu yang dapat dikuasai oleh semua orang. Insiden yang tidak dijangka seperti ini memang sukar untuk dielak.

Apa-apa pun #juststayathome #janganputusasamalaysia

Sumber: Twitter