AKHIR-AKHIR ini, banyak kejadian yang melibatkan cuaca buruk termasuk ribut dan angin kencang di beberapa negeri di tanah air.

Berita kurang baik buat penduduk di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan beberapa amaran melibatkan cuaca buruk bakal berlaku di beberapa kawasan bermula hari ini hingga 28 Februari nanti.

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan kategori pertama dan kedua bagi perairan negara ketika ini.

Katanya dalam satu kenyataan, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ia melibatkan amaran kategori kedua.

Baca juga Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

fenomena hujan pelik

Iklan

Selain itu, bagi kategori pertama pula, kelajuan angin dianggarkan sekitar 40 hingga 50 kmsj dengan ketinggian ombak mencapai sehingga 3.5 meter.

Antara kawasan yang terlibat adalah sekitar perairan Johor Timur, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Sementara itu, MetMalaysia turut melaporkan paras air laut di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan dijangka mengalami peningkatan sehingga berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.

Baca juga [VIDEO] Terhayun seperti buaian, detik cemas kren gondola dipukul ribut buat warganet kecut perut

Kejadian tersebut dijangkakan berterusan sehingga Sabtu ini.

Iklan

Tambah MetMalaysia, keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu serta beberapa kawasan di Pahang dan Johor bakal mengalami hujan berterusan sehingga 26 Februari 2022.

Waspada walau di mana korang berada pada musim tidak menentu ini.