Wow! 80,000 produk baharu Khairul Aming sold out dalam 3 minit, cipta rekod sales 1 juta terpantas TikTokShop Malaysia

A
A
A

BENAR jangkaan ramai, produk terbaru Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi akhirnya habis dijual dalam tempoh yang singkat iaitu tiga minit 39 saat.

Ia sekali gus mencipta rekod baharu apabila beliau berjaya mendapat hasil jualan RM1.2 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.

Usai jualan bersejarah pada malam tadi Khairul Aming menerusi TikTok Live menzahirkan rasa tidak percaya kerana 80,000 paket produk tersebut terjual dalam tempoh yang singkat.

Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan itu meluahkan rasa syukur kerana beliau dan pasukannya bekerja keras selama setahun untuk mengeluarkan produk tersebut

Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan stafnya yang turut menyumbang kepada kejayaannya itu.

Baca juga: Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan

Baca juga: 20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

"Alhamdulillah terima kasih semua

"We did it guys. Jualan RM 1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia ??. Total 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi telah sold out dalam masa 3 minit 39 saat and I can't thank you enough for the support sejak tiga tahun lepas.

"Terima kasih guys," titipnya.

Difahamkan untuk jualan sempena perasmian Dendeng Nyet Berapi, seorang pelanggan hanya boleh membeli enam paket sahaja.

Walaupun kuantiti pembelian sudah dikawal, masih ramai yang tidak sempat membeli dan meminta agar Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menjual lagi makanan berasaskan daging itu dalam tempoh waktu yang terdekat.

Khairul Aming bagaimanapun menjelaskan pihaknya perlu menyelesaikan penghantaran 80,000 paket dendeng berkenaan terlebih dahulu dan jualan yang seterusnya akan dibuka selepas Tahun Baharu Cina.

Baca juga: 'eruskan belajar, jaga adab.' Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!

Baca juga: 13,000 botol Sambal Nyet Khairul Aming sold out dalam 2 minit, pecah rekod 3 tahun meniaga, sampai handphone hanged!

Baca juga: Inspirasi! Genap 2 tahun bisnes sambal Khairul Aming raih RM21.5 juta, 1.5 juta botol terjual bersamaan 5,000 botol sehari!

Pempengaruh kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu terdahulu mencipta populariti menerusi video, 30 Hari 30 Resipi yang memberi idea memasak pada bulan Ramadan.

Beliau yang merupakan bekas jurutera dan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Vanderbilt University, Amerika Syarikat (US) sebelum ini pernah memenangi gelaran Pencipta Kandungan Tahun Ini dalam Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Selebriti dan warga maya meluahkan rasa bangga melihat pencapaian anak muda Melayu ini.

- "Tahniah nak. Tok Abah bangga Malaysia ada anak muda seperti kamu." - Datuk Dr Fadzilah Kamsah

- "Terbaik." - ctdk

- "Moga dapat terus berkembang dan muncul sebagai empayar perniagaan Muslim termaju. Ramai anak watan dapat menumpang rezeki di bawah sayap yang teguh. Amin."- Fedtri Yahya

- "Subhanallah."- Zulin Aziz

- "Masya-ALLAH." Wawa Zainal.

- "Kenapa aku pulak rasa goosebump, excited lain mcm. Seronok tengok anak Melayu berjaya macam ni."

- "Subhanallah very inspired. congrats KA!!"

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca