Yassin buat come back dalam Drama Spontan

Yassin buat come back dalam Drama Spontan
Yassin buat come back dalam Drama Spontan
A
A
A

BUAT peminat pelawak tanah air, pasti saja sangat mengenali Yassin Yahya ataupun lebih sinonim dengan panggilan Yassin Senario.

Lawak selamba Yassin ketika menganggotai kumpulan Senario satu ketika dulu sangat mencuit hati.

Senario ialah sebuah kumpulan lawak yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan sekitar tahun 1996.

Terkini, Yassin dikatakan bakal muncul dalam Drama Spontan episod 23 berjudul Parodi Nujum Pak Belalang terbitan YouTuber terkenal, Syahmi Sazli.

Syahmi menerusi laman Instagramnya memuat naik foto Yassin ketika berada di set penggambaran dan menyatakan bahawa pelawak itu merupakan artis jemputan dalam Drama Spontannya nanti.

Menerusi komen yang ditulis oleh peminat, rata-rata tidak sabar untuk menonton gandingan pelakon Drama Spontan bersama Yassin yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji Syahmi kerana menjemput pelawak legenda dalam video terbaru berkenaan dan berkongsi rezeki bersama mereka.

Penonton juga berharap lebih ramai lagi selebriti tempatan yang lama menyepi untuk buat come back menerusi drama tersebut.

Syabas Syahmi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca