DALAM keadaan semasa yang tidak menentu, ramai yang merasakan ada kemahiran lebih penting berbanding mempunyai segulung ijazah.

Mana tidaknya, ramai yang meluahkan mempunyai kelayakan akademik bukan jaminan boleh ‘survive’ di luar sana. Sebaliknya orang yang memiliki kemahiran lebih ‘boleh hidup’. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang.

Ye ke…?

Terfikir juga, kalau hanya belajar teori membina rumah, tapi tidak reti memegang pahat, tukul, kayu dan simen, bolehkah sesuatu rumah atau bangunan itu dibina, contohnya.

Dalam kalangan anak muda, pasti ramai yang berbelah bahagi, sama ada hendak menyambung pengajian atau terus bekerja bagi menambahkan ilmu kemahiran bukan? Mana satu nak pilih?

Jika korang terutamanya yang baru tamat sekolah ada dilema sedemikian, cuba hayati perkongsian Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak, Dr Rizal Abu Bakar ini:

Antara degree dan skills yang mana penting? Soalan cepumas ni akuinya memang banyak undang polemik.

Kata Dr Rizal, ramai juga yang berjidal atau berdebat nak tegakkan hujah masing-masing. Hasilnya, ada hati yang sakit, ada hati yang suka.

“Pada yang berlatarbelakang berpendidikan tinggi, ada degree penting. Lebih lebih lagi dari universiti tersohor. Bermula dari sekolah sudah tertanam cita-cita mahu terima skrol di pentas keramat universiti.

Di saat orang obses dengan degree dan universiti ‘berperang’ untuk dapatkan ranking tinggi Elon Musk ada pendapat lain.

Pendapat ini disebut dalam satu temuramah pada tahun 2014. Dia ditanya apa yang dia lihat dalam resume?

Elon Musk berkata ‘walaupun ada kredential begitu nampak bagus, tetapi ia bukanlah syarat untuk capai pencapaian tertinggi. “You degree is not a determinant of success.”

Pada masa akan datang ‘’skill akan dipandang lebih berharga dari degree’ kata Musk lagi,” kongsi beliau di Neuroversiti by Dr Rizal.

Perkara penting kata Musk yang dikongsikan oleh Dr Rizal ialah:

a. Apa yang anda belajar dan bagaimana anda belajar. Bukannya di mana dan berapa lama.

b. Guru terbaik berada di alam maya. Buku terbaik ada di alam maya. Rakan belajar terbaik berada di alam maya.

c. Tools atau alat untuk belajar ini banyak, tetapi keinginan belajar yang kurang. Fokus untuk bangkitkan rasa ingin belajar.

Iklan

Ramai yang tidak tahu. Ketika Musk buat keputusan untuk terlibat dengan industri angkasa lepas, dia tidak ada degree atau formal education tentang ilmu roket dan teknologi angkasa lepas.

Dia belajar sendiri sengan gunakan 3 tip di atas. Dia ambil masa 6 bulan untuk mahirkan diri dengan ilmu roket dan angkasa lepas.

Dua minggu lepas Musk lancarkan roket ke angkasa lepas. Astronaut NASA tumpang roket beliau,” katanya.

Dalam temuramah itu, ketika diminta beri the last words, Musk tegaskan lagi. “For the future, skills matter more than degrees.”

Iklan

Kata Dr Rizal, apa yang Musk sebut wajar jadi perhatian. Antara ilmu teori dan ilmu buat, in future, tumpuan akan lebih kepada ilmu buat.

“Kepada yang cari kerja, degree semata tidak lagi utama. Majikan juga tanya “what skills do you have?” Bukan lagi “Degree apa dan dari mana?”,” ujarnya.

Moga lebih cerah ‘pandangan’ daripada perkongsian Dr Rizal ini buat mereka yang masih buntu.

Barangkali jika ada kedua-duanya iaitu kelebihan mempunyai kemahiran dan ijazah, pastinya lebih baik -AG #janganputusasamalaysia