18 Puasa terus dapat sambutan, catat kutipan RM3 juta

A
A
A

SELEPAS 10 hari ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, filem arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.

Ia sekaligus mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First bagi tahun 2021 setakat hari ini.

Mengulas mengenai kejayaan ini,Mamat Khalid berkata, biarpun tayangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dalam era normal baharu, namun atas sambutan positif penonton.

"Saya tak sangka filem ini mampu mencatatkan kutipan sebanyak itu dalam tempoh 10 hari. Terima kasih kepada semua penonton yang menerima baik filem ini. Insya-Allah, nantikan karya seterusnya eksklusif di Astro," katanya.

18 Puasa Di Kampong Pisang turut menyaksikan penampilan istimewa Ustaz Kazim Elias.

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan. Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam  semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya. Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?

Saksikan filem lakonan Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad, Kazar Saisi, Mat London, Joey Daud dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca