DIAM tak diam, Astro kini sudah 25 tahun bersama rakyat Malaysia.

Justeru sempena sambutan ulang tahun yang ke-25, Astro melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100 yang menyajikan pelbagai program istimewa tempatan dan antarabangsa,hingga 3 Oktober depan.

Para pelanggan Astro berpeluang menonton lebih 150 tajuk istimewa itu menerusi Astro TV, On Demand dan juga Astro GO.

Astro juga mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Astro meraikan ulang tahun ke-25 dan dan mengangkat tema #KitaTeguhBersama sejajar dengan kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, tema itu mencerminkan nilai rakyat Malaysia yang bersatu padu terutamanya di waktu sukar pada ketika ini.

“Ini merupakan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama.

“Ia mencerminkan segala nilai yang kita nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media yang diadakan secara dalam talian pada Isnin.

Tambah Henry, Astro akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix.

“Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Antara program istimewa yang akan menemui penonton di saluran 100 adalah Tanah Tumpahnya Darah Kita, We Are No Different dan Journey To Stardom.

Iklan

Tanah Tumpahnya Darah Kita adalah sebuah dokumentari yang bermula dengan kisah seorang lelaki yang setia berkorban dalam melaksanakan tugas hakikinya sebagai tentera dan menceritakan segalanya menerusi surat kepada isteri dan keluarga tercinta.

We Are No Different merupakan dokumentari pertama yang mengangkat kisah ‘interracial adoption’ atau penerimaan di antara kaum di kalangan keluarga dalam negara ini yang kerap kali terlepas pandang oleh masyarakat, namun dianggap sebagai sesuatu yang normal. Manakala, Journey to Stardom membawa kita semua menelusuri kisah barisa selebriti kesayangan ramai dalam merealisasikan impian masing-ma­sing.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem terhebat tanah air seperti Ola Bola, The Journey, Paskal, Polis Evo dan Hantu Kak Limah.

Iklan

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai sajian menarik melebihi 150 judul yang membariskan program-program tempatan dan filem-filem serantau, seleksi rancangan realiti dan hiburan kegemaran ramai, dan banyak lagi kejutan menanti anda.

[ngg src=”galleries” ids=”1″ display=”basic_thumbnail” thumbnail_crop=”0″]Bukan itu sahaja, Astro Radio akan membawakan sajian istimewa termasuklah 25 pilihan terhebat, 25 lagu-lagu tempatan popular dan banyak lagi menerusi aplikasi SYOK dan merentasi kesemua stesen radio naungannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan ulangtahun ke-25 Astro dan sajian-sajian menarik menanti anda, serta informasi berkaitan dengan kempen #KitaTeguhBersama, sila layari www.astro.com.my/bettertogether.