30 karya BMW Shorties di Astro GO, edisi terbaharu bakal menyusul

BMW SHORTIES
BMW SHORTIES
A
A
A

PERTANDINGAN filem pendek dan kandungan digital, BMW Shorties kini kembali dengan edisi terbaharu yang juga merupakan tahun ke-16 penganjurannya.

Bermatlamat untuk menyediakan sebuah platform bagi para pembikin filem dan kandungan digital untuk menzahirkan kreativiti masing-masing, BMW Shorties pada tahun ini tampil dengan tema Re:Imagine.

Pemenang utama akan dianugerahkan geran produksi bernilai RM80,000 untuk menghasilkan sebuah filem pendek hasil pembiayaan BMW Shorties.

Dalam pada itu, bermula 24 Ogos lalu sehingga 18 September ini, BMW Shorties turut menampilkan karya-karya yang pernah dihasilkan dari tahun 2011 hingga 2019 untuk tayangan di Astro GO.

Sebanyak 30 filem pendek terbaik BMW Shorties yang dihasilkan pengkarya tempatan dalam tempoh itu akan menemui penonton di platform tersebut, sekali gus bertujuan mengetengahkan bakat dan kandungan digital tempatan bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada tahun ini.

Karya-karya tersebut terdiri daripada Guang, Murdered, Sid & Barry, Hidup Bersama, Putus, 32°C Fall In Love, Pejam Pelik, Rozita binti Roslan, Fish, Koci 5 Ringgit, Gigi, Short & Sweet, Tuck, Terminal dan Hawa.

Diikuti Roundabout, Never Was The Shade, Selam 2.0, Desakan Dewasa, Touch, Gold! There is Gold in the River, Colourless, Burn, Handbag, Kampung Aman, Pace,

Di Sini Aku, Ralat the Musical, Pemburungan dan Satu.

BMW Shorties merupakan sebuah usaha kreatif daripada BMW Group Malaysia untuk meneroka dan mendukung bakat-bakat perfileman tempatan.

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh didapati menerusi www.facebook.com/BMWShorties dan di www.instagram.com/bmwshorties.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca