4 filem wajib tonton minggu ini. Nowhere papar kecekalan, The Exorcist:Beliver, aksi seram undang ketakutan...

A
A
A

APA filem yang mahu ditonton pada minggu ini bersama rakan taulan atau keluarga tersayang.

Tiada idea? Meh, wartawan, Aqmar Mustaza kongsikan beberapa naskhah yang sedang hangat ditayangkan.

Sepanjang minggu ini, paling mencuri tumpuan adalah filem berjudul Nowhere.

Naskhah yang hanya memaparkan seorang pelakon iaitu Anna Castillo sebagai Mia sebagai pemeran utama, turut dibantu Tamar Novas (Nico) dan beberapa pelakon tambahan lain.

Filem dari Sepanyol yang diarahkan Albert Pintó itu mengisahkan sepasang suami isteri iaitu Nico dan Mia yang terdesak untuk meninggalkan Sepanyol dengan bantuan sindiket haram yang kononnya mahu membantu rakyat Sepanyol melarikan diri dengan menaiki kontena, selepas negara itu membuat keputusan menghapuskan wanita hamil dan kanak-kanak bagi mengurangkan populasi.

Sepanyol ketika itu mengalami masalah kekurangan sumber asas di seluruh negara dan tindakan itu dilihat sebagai satu-satunya cara untuk memastikan bekalan asas terus cukup.

Bagaimanapun impian Mia dan Nico untuk memulakan kehidupan baru di Ireland tidak menjadi kenyataan apabila mereka terpisah ketika kontena mahu memulakan perjalanan. Lebih memilukan apabila kontena yang dinaiki Mia telah diperiksa oleh pihak berkuasa dan semuanya ditembak mati; kecuali Mia.

Dugaan Mia tidak terhenti di situ apabila kontena yang dinaiki telah terhumban ke dalam laut ketika berada di atas kapal dagang.

Sejak dari itu, Mia berjuang untuk hidup dalam keadaan dirinya yang sarat hamil dan akan melahirkan bayinya pada bila-bila masa sahaja.

Naskhah ini sebenarnya sudah ditayangkan sejak akhir September lalu dan kini menjadi filem di tangga pertama di Netflix.

Rasanya sudah lama tidak menonton naskhah yang mengangkat tema survival seperti 127 Hours, Gravity, Buried, Life of PI dan Nowhere akan mengubati kerinduan peminat genre ini.

90 peratus perjalanan filem ini akan berlatar belakangkan kontena di tengah lautan dan bagaimana Mia berusaha untuk terus hidup dengan hanya 'bertemankan' beberaka bekas makanan, baju, botol arak dan earphone.

Pada saat hampir putus asa selepas melihat kontena yang serupa dinaiki suaminya tenggelam, Mia terus mencari jalan untuk memastikan kontena yang dinaikinya seorang diri tidak tenggelam sama.

Meskipun ada beberapa babak yang agak tidak logik, tetapi usaha Mia untuk terus hidup; termasuk selepas melahirkan anaknya akan membuatkan sesiapa sahaja yang menonton mahu mengikuti survivalnya sehingga akhir.

Bukan hanya sekadar survival, lakonan mantap Mia dan lontaran emosi yang diberikan akan mengundang simpati mata yang menonton. Babaknya memakan uri dan ikan mentah pasti akan diingati ramai.

Bagaimanapun, filem ini tidak sesuai ditonton bersama anak kecil kerana babak Mia melahirkan anak tidak mempunyai tapisan.

Secara keseluruhannya, Nowhere adalah sebuah naskhah yang menarik dan bagi anda yang sukakan filem bergenre survival, jangan lupa menyaksikan naskhah ini. -AQMAR MUSTAZA

NOWHERE

PENGARAH : Albert Pintó

PELAKON : Anna Castillo, Tamar Novas

GENRE : Drama / Thriller

DURASI : 1 Jam 49 Minit

KLASIFIKASI : 16

BINTANG : 4/5

Selain itu, tiga lagi filem yang disyorkan untuk anda tonton pada minggu ini.

PAGARI BULAN

PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin

PELAKON : Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Alvin Wong, Andy Teh, Michael Ang, Wan Azli, Chelsia Ng

GENRE : Drama / Sejarah

DURASI : 2 Jam 10 Minit

KLASIFIKASI : 13

BAHASA : Melayu

TAYANGAN : 5 Okt 2023

Ketika penjajahan Jepun pada perang dunia kedua, kaum wanita telah ditawan untuk dijadikan hamba seks. Bulan bersama kawan baiknya, Sui Li berjuang untuk kebebasan kaum wanita dari terus dipaksa menjadi comfort women pada tentera Jepun.

THE EXORCIST : BELIVER

PENGARAH : David Gordon Green

PELAKON : Leslie Odom Jr., Ellen Burstyn, Ann Dowd, Jennifer Nettles

GENRE : Seram / Thriller

DURASI : 1 Jam 51 Minit

KLASIFIKASI : 16

BAHASA : Inggeris

TAYANGAN : 5 Okt 2023

Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rasukan iblis sehingga bapanya terdesak meminta bantuan termasuk mencari individu yang pernah melalui pengalaman sama.

GALAKSI

PENGARAH : Kuntz Agus

PELAKON : Bryan Domani, Mawar Eva de Jongh, Yesaya Abraham, Zoul Pandjoul

GENRE : Drama

DURASI : 1 Jam 58 Minit

KLASIFIKASI : 13

BAHASA : Indonesia

TAYANGAN : 5 Okt 2023

Galaksi merupakan ketua kumpulan geng motor bernama Ravispa dan sering membuat onar di sekolah. Pertemuannya dengan Kejora telah mengubah kehidupan Galaksi. Namun perhubungan mereka dirundung pelbagai masalah.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca