40 hari 'menghilang', Caprice selamat bergelar suami
SETELAH 40 hari ‘hilang’ daripada radar media sosial, penyanyi rap popular, Caprice mengumumkan khabar gembira apabila selamat bergelar suami kepada Farra Inalis.
Caprice menerusi akaun Instagramnya memaklumkan dia terpaksa mengaktifkan semula akaun media sosial setelah dihujani pertanyaan mengenai status terbaharunya.
“Halal. Maaf saya menghilang lebih 40 hari. Banyak yang dilalui, Insya-ALLAH dalam masa terdekat, saya akan kongsikan apa yang berlaku.
“Tolong ikuti Instagram baharu saya kerana saya akan berkongsi semuanya di akaun baharu, disebabkan saya tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Caprice’ dan akaun Instagram ini untuk sementara waktu.
“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya.
“Maaf atas segala kesulitan. Saya akan kongsi semua cerita tidak lama lagi dan kembali lebih baik,” jelasnya.
Dalam pada itu, menerusi carian di akaun Instagram, wanita pilihan Cparice itu merupakan ibu tunggal anak satu dan baharu sahaja berumur 26 tahun.
Tahniah kepada Caprice dan Farra Inalis!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang