45 hari bertarung nyawa, isteri pelakon Badrol Shah pergi jua…

A
A
A

PELAKON kerdil, Badrol Shah Abdul Manan, 39, reda dengan pemergian isteri tercinta, Farah Seila Mazlan, 37, selepas 45 hari bertarung nyawa akibat Covid-19.

Allahyarham Farah sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan virus pandemik itu.

Menurut Bad, dia dan anak-anak reda dengan pemergian wanita itu.

“Isteri saya telah menghembuskan nafas terakhir jam 8.15 pagi tadi dan saya masih berada di HKL bagi menguruskan jenazah.

“Bagaimanapun belum pasti lagi jenazah akan dikebumikan di mana.

“Apa pun saya dan anak-anak reda dengan pemergiannya,” ujarnya kepada SinarPlus.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata, di mana tiga adalah hasil perkahwinan terdahulu.

Terdahulu pada 10 Ogos, nama Badrol menjadi perhatian ramai setelah berkongsi berita ‘pemergian’ isterinya menerusi media sosial.

Bagaimanapun beberapa jam kemudian, Badrol memaklumkan bahawa doktor terdahulu telah memberi maklumat salah kepadanya dan isterinya masih hidup, namun kritikal di ICU HKL.

Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah, 2 tahun.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7, turut dijaga Badrol.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca