PEMERGIAN sutradara terkenal, Mamat Khalid amat dirasai terutamanya bagi peminat dan pemain industri. Kehilangan bakat dan idea segar dalam penghasilan karyanya tidak dapat dicari ganti.

Siapa tidak mengetahui filem-filem arahannya yang rata-rata berkonsepkan komedi satira menghiburkan.

Buah tangannya kerap kali menjadi fenomena, kebanyakannya pecah panggung dan bualan ramai dalam masyarakat.

Filem karyanya digarap sempurna dengan lawak sinis berlatarkan realiti masyarakat. Tidak hanya menghiburkan, ia dalam masa sama, menyampaikan mesej mendidik masyarakat.

Berikut ialah lima filem hasil tangan Allahyarham Mamat Khalid yang Sinarplus senaraikan, korang wajib tonton!

1- Zombi Kampung Pisang

Foto: Astro

Filem ini mencatat sejarah sebagai filem buatan Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup) ini meraih Anugerah Khas Juri pada Festival Filem Malaysia ke-20.

Filem ini ditayangkan bermula 19 April 2007  dan dibintangi lakonan Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir dan Allahyarham Zami Ismail. Ia mencatat pecah panggung sebanyak RM2.37 juta

2- Hantu Kak Limah Balik Rumah

Naskhah komedi seram Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dan yang pertama dalam trilogi Hantu Kak Limah. Filem yang dibintangi oleh Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak dan Soffi Jikan ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kejadian zombi.

Filem ini mula ditayangkan pada 9 Disember 2010. Pada 28 Disember 2010, dilaporkan jumlah kutipan mencecah paras RM6 juta sekali gus menjadikannya filem Malaysia ketiga terbanyak kutipan kasar di pawagam Malaysia.

Menerusi filem ini, Allahyarham Mamat Khalid merangkul anugerah Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik. Manakala Awie dan Ucop Wilcha memenangi anugerah Aktor Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24, 2011.

3- Rock Oo!

Filem ini juga dikenali sebagai Rock Oo!: Rimba Bara Kembali ditayangkan pada 28 Februari 2013. Ia adalah genre komedi muzikal yang diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman Soffi Jikan dan Pekin Ibrahim.

Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 3.95 juta! Allahyarham Mamat meraih anugerah bagi kategori Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-26 dan Skrip Komedi Filem Terbaik, Anugerah Lawak Warna 2013 menerusi filem ini.

Manakala aktor Khir Rahman dianugerahkan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2013 dan Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur, 2013.

4- Hantu Kak Limah

Iklan

Filem ini awalnya dikenali sebagai Hantu Kak Limah 3 merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013).

Pada hari pembukaan rasmi, Hantu Kak Limah meraih kutipan sebanyak RM650 ribu sekaligus menjadi filem tempatan pertama yang berbuat demikian bagi rekod ketiga.

5- Husin, Mon dan Jin Pakai Toncet

Filem yang ditayangkan 7 Februari 2013 ini turut dikenali sebagai juga dikenali sebagai Hantu Kak Limah 2. Ia dibintangi oleh Awie, Ezlynn, Rashidi Ishak dan Usop Wilcha dan merupakan filem terakhir lakonan pelakon komedi tersohor, Allahyarham Zami Ismail yang ditayangkan di pawagam.

Filem hebat ini telah meraih kutipan pecah panggung. Sehingga hari terakhir tayangan, ia mengumpul kutipan pecah panggung sebanyai RM5.89 juta hingga memenangi anugerah kategori Filem Box Office di Festival Filem Malaysia ke-26, 2014.

Iklan

Filem-filem hasil tangan Allahyarham masih segar dalam ingatan, sarat dengan mesej dan sering kali menonjolkan budaya masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu.

Mamat Khalid, 58, yang merupakan adik kepada kartunis terkenal, Lat, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada Ahad.

Allahyarham sebelum itu telah jatuh pengsan ketika berada di restoran miliknya, Sarang Art Hub Tanjung Malim dan dikejarkan ke hospital menaiki ambulans. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, Al-Fatihah.

Baca juga: Harga Makanan ‘Cekik Darah,’ Restoran Salt Bae Jual Coke RM51 Setin

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!