5 kali ujian RTK negatif, Achey positif Covid-19 selepas buat PCR

ACHEY
ACHEY
A
A
A

PELAWAK dan penyanyi, Achey memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR).

Ujar Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, dia sebelum itu sudah lima kali menjalani ujian saringan kesihatan (RTK), namun keputusannya negatif.

“Saya buat PCR sebab dah ada simptom iaitu demam melampau. Sebelum itu sudah 5 kali saya melakukan ujian RTK tetapi keputusannya negatif.

“Malah doktor pada awalnya mensyaki saya menghidap denggi. Entahlah, macam-macam sekarang. Reda dan ikhtiar je. Alhamdulillah setakat ini isteri dan anak saya tidak ada simptom dan ujian Covid-19 juga negatif,” ujarnya menerusi Instagram.

Difaham menerusi satu laporan media, Achey mengakui dirinya dijangkiti varian jenis Omicron dan sudah mengalami gejala sejak beberapa hari lalu.

“Saya memang tak larat sejak dua hari lepas. Hari ini semakin baik. Terima kasih dan maaf jika saya menyusahkan ramai orang, termasuk kerja yang terpaksa dibatalkan saat akhir.

“Kepada yang rasa ada jumpa saya, boleh check juga ya,” pesan Achey.

Sebelum ini, pada tahun lalu, Achey pernah meluahkan rasa bimbang apabila beberapa ahli keluarga termasuk ibunya dijangkiti virus maut itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca