“SEMUA kawan-kawan bawah umur, kami tak rasa macam dah masuk 51 tahun.”

Demikian kata pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada Sabtu.

Isteri kepada Zain Saidin itu berkata, tidak menyangka umur telah mencecah 51 tahun namun yang paling penting tubuh badan masih lagi sihat dan disekelilingi orang yang tersayang.

“Aduh baru saja rasa masuk 5 series , tup tup tahun ni umur dah 51.

“Ramai yang tanya macam mana rasa dah masuk 51? Entah rasa biasa-biasa saja.

“@afeeqiqnarcio @pakcik_airielazrie @fbn87_ @jaydeesm … cuma @mankajang29 kami rasa macam bapak kami,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Baca juga:‘Selamat ulang tahun kelahiran sayang.’ Siti Nurhaliza titip ucapan istimewa buat Datuk K

Dalam pada itu, Rozita turut berkongsi video memaparkan dia meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya dengan berlatarkan belon berwarna-warni sambil memegang sebiji kek berwarna merah jambu.

Menjengah ruangan ke ruangan IG, warga maya termasuk rakan artis seperti Ziana Zain, Elly Mazlein, Daphne Iking, Catriona Brian, Azza Elite, Sasha Saidin dan ramai lagi mengucapkan selamat ulang tahun dan memuji Rozita yang sentiasa awet muda.

“Masalah tak nampak macam 50 pun, aihhh,” kata luna_qmar.

Iklan

“Che ta tak pernah tak cantik ..saya peminat nombor satu Che ta tahu tak …51 pon macam 15 ja,” kata nuni mazlan.

Baca juga:‘Luhur hati seorang ayah, sebak!’ Bilal sambut ulang tahun kedua, titipan doa Haris menyentuh hati
“Baru tanya anak-anak suruh teka umur Che Ta.. mereka cakap macam 30-an… Kids don’t lie.. Che ta memang awet muda selalu. Happy birthday,” kata Asma Tuan Hassan.

“Lawa sangat Che ta! Idola kini dan selamanya,” kata Gieannali.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!