6 bulan rahsia status, Luqman Hafidz akui sudah kembali solo

LUQMAN HAFIDZ
LUQMAN HAFIDZ
A
A
A

SETELAH enam bulan mengunci mulut, pelakon Luqman Hafidz akhirnya mengakui sudah sah bercerai dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun lalu.

Bintang utama Ola Bola itu akhirnya membuat keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar bagi menghentikan spekulasi yang berterbangan sehingga menimbulkan fitnah.

"Sudah sampai masa nya untuk saya kongsikan dan mengesahkan yang saya sudah pun berpisah dengan isteri pada bulan Jun yang lalu.

"Kami berpisah cara baik di mahkamah. Sekarang fokus kami adalah memberikan kehidupan yang baik pada anak kami.

"Saya sedar status saya sebagai anak seni tidak lari daripada perhatian masyarakat. Justeru saya tampil memberikan kenyataan ringkas ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau tanda tanya berterusan dari mana-mana pihak.

"Semoga tiada lagi spekulasi yang timbul selepas ini," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah bintang berusia 31 tahun itu, fokusnya kini adalah berkerja keras bagi mencari rezeki terutama buat anaknya, Eve Laura, 20 bulan.

"Tanggungjawab ini (mencari rezeki) adalah keutamaan saya. Saya pohon semua titipkan doa yang baik-baik dan saya doakan yang terbaik juga buat kalian," tulisnya.

Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 6 Februari 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca