‘69 samples, all negative’ – Keputusan ujian Covid-19 artis SFMM35 negatif

A
A
A

UJIAN saringan Covid-19 ke atas penyanyi dan kru produksi Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) Ahad lalu disahkan negatif.

Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi khabar gembira itu menerusi Insta Story Instagram miliknya yang memaparkan perbualannya dengan seorang doktor di pusat perubatan swasta yang menjadi lokasi hampir kesemua artis dan kru menjalani ujian Covid-19.

“Jumlah 69 sample, semua negatif,” antara mesej yang dipaparkan.

Paparan mesej yang dikongsi Wany Hasrita menerusi Insta Story miliknya.

Wany juga menerusi medium sama turut berkongsi keputusan ujian yang diperolehi.

Sementara itu, syarikat pengurusan bakat Rocketfuel memaklumkan artis dan tenaga kerja di bawah naungannya yang terlibat dengan SFMM35 disahkan negatif Covid-19.

Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman merupakan artis naungan di bawah syarikat pengurusan Rocketfuel.

"Pihak pengurusan Rocketfuel ingin memaklumkan bahawa artis dan team di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang terlibat dalam Semi Final Muzik-Muzik 35 iaitu Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel dan Amira Othman disahkan negatif Covid-19.

"Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami.

"Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak ini," tulisnya.

Baca juga Rakan artis buat ujian saringan, Alif Satar mohon maaf

Sementara itu, pengacara SFMM35, Sherry Alhadad dan Haziq Husni turut berkongsi berita gembira sama.

Bagaimanapun kedua-dua pengacara ini akan tetap menjalani tempoh kuarantin 14 hari dan melakukan swab test kali kedua pada hari ke-12 nanti.

“Alhamdulilah atas berkat doa kalian semua, keputusan Covid-19 saya negatif. Proses kuarantin masih di jalankan walaupun keputusannya negatif.

“Hari ke 10 atau ke 12 saya akan melakukan swab test yang kedua. Terima kasih kepada doktor dan jururawat MSU Hospital yang menguruskan kami semalam (Ahad).

“Kepada semua yang terlibat dalam SFMM35 yang masih menunggu keputusan,saya doakan supaya semuanya di permudahkan.

“Buat Alif Satar kami doakan semoga alif serta keluarga cepat sembuh,” ujar Sherry menerusi Instagramnya.

Sherry meneruskan proses kuarantin di rumah.

Pada Ahad lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif Covid-19.

Baca juga  ‘Saya mohon maaf…’ – Alif Satar positif Covid-19

Alif yang membuat persembahan di SFMM35 pada 20 November (Jumaat) kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca