BUKAN sahaja menjadi buruan ramai pengarah dan penerbit untuk tawaran lakonan, tetapi bintang baharu sedang meningkat naik Anna Jobling juga menarik perhatian pelbagai pihak untuk menjalinkan kerjasama.

Terbaru, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 22, dipilih sebagai duta produk jamu Mutyra yang diusahakan oleh penyanyi dan pelakon, Tya Ariffin.

Heroin drama Melur Untuk Firdaus itu meluahkan rasa syukur dan berbangga apabila terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga baharu jamu Mutyara.

“Selama lima tahun jamu Mutyara sudah membantu wanita mendapatkan tenaga lebih setiap hari dan juga membantu dari segi dalaman.

“Dengan formulasi baru jamu ini, sudah pasti akan memberikan lebih banyak khasiat kepada kita. la bebas gula, lebih sihat dan bertenaga,” katanya yang mempromosikan Combo Melur sempena nama watak popularnya itu.

Iklan

Sementara itu, Tya menyifatkan pemilihan Anna sebagai duta adalah tepat bagi mewakili wanita bekerjaya.

“Anna adalah wanita dan figura tepat untuk menjadi duta baharu Mutyara kerana dia mencerminkan seorang wanita yang mempunyai banyak aktiviti dan memerlukan energy booster atau tenaga tambahan harian iaitu jamu Mutyara.

Iklan

“Anna juga wanita yang bekerja keras dan senang nak bekerjasama. Itu antara sebab saya pilih Anna,” katanya.