‘Adakah kerana minta kenaikan, kontrak saya ditamatkan?’
BEKAS penyampai Suria FM, Tyzo Xander menafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse bahawa dia tidak berminat untuk meneruskan tugas sebagai penyampai di stesen berkenaan.
Jelas Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, 48, ketika sesi perbincangan kontrak pada bulan Ogos lalu, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat selepas meminta sedikit kenaikan gaji.
Justeru Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dan Tyzo sepakat untuk menyambung kontrak selama enam bulan bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan membuat penilaian mengenai perkara itu.
Baca juga: Kontrak bersama Suria FM tamat, Hot FM minta pandangan ramai ingin sunting Tyzo Xander
Baca juga: Ibu Tyzo Suria FM meninggal dunia
Baca juga: Tyzo raya berdua dengan anak
“Saya cakap terus-terang saya juga perlukan kenaikan gaji dan minta kenaikan sebanyak RM500, tetapi inilah balasan yang saya terima.
“Sewaktu saya cakap nak minta naik gaji, DJ Lin kata kita sambung dulu kontrak ini, nanti dua bulan sebelum habis kontrak bulan Mac, kita akan bincang semula. Jadi saya tetap sain kontrak pada bulan September lalu.
“Kalau saya diva atau besar kepala, tentu saya tidak tanda tangan kontrak itu. Kemudian pada 4 Januari lalu, saya dapat tahu kontrak saya tidak disambung. Adakah kerana minta kenaikan, maka kontrak saya tidak disambung?” soalnya kesal.
Tyzo memberi penjelasan itu dalam satu sesi perjumpaan bersama media di sebuah pusat membeli belah di Damansara pada Jumaat.
Tambah Tyzo, kenyataan pihak pengurusan itu agak mengejutkan kerana rakan gandingannya, Sharifah Shahirah pernah dua kali disambung kontrak selama enam bulan.
“Sebelum ini kak Rara pun pernah minta kontrak disambung untuk enam bulan, tetapi kenapa bila giliran saya, anggap saya tidak berminat bersama Suria lagi?
“Mungkin Datuk (Mohd Aminuddin) dapat maklumat yang kurang tepat mengenai keputusan saya kerana sepatutnya akan ada perbincangan lagi dua bulan sebelum kontrak berakhir pada 9 Mac depan,” ujarnya.
Tyzo yang juga Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintag Popular ke-35 tahun lalu turut menyatakan kesediaannya untuk terus bersama Suria FM, lebih-lebih lagi bekerja dengan gandingannya, Kak Rara.
Namun memahami impian itu tidak mungkin lagi menjadi realiti selepas apa yang berlaku.
“Saya masih mahu bersama Suria dan bekerja dengan kak Rara. Gandingan dengan kak Rara yang paling saya sayang.
“Saya masih sayangkan Suria FM tetapi apa yang terjadi dalam hidup saya sekarang sangat-sangat menyedihkan kerana ia (bekerja di Suria FM) merupakan periuk nasi saya dan saya mempunyai seorang anak.
“Atas sebab itu saya kata saya tidak reda dengan apa yang terjadi kerana saya masih mahu bekerja,” jelasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang