Adaptasi teater ke filem, Siapa Tutup Lampu tampil jalan cerita berbeza

Untitled design (62)
Untitled design (62)
A
A
A

BAGI memberi lebih variasi kepada penonton, Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan Articulate Fusion Productions Sdn Bhd membawakan filem Siapa Tutup Lampu.

Sudah memulakan tayangannya di Astro First bermula 25 November, filem arahan pengarah muda, Aliff Ihsan Rahman itu merupakan hasil cetusan idea daripada penulis skrip Azhar Jalil.

Filem yang dibintangi Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar, Afieq Shazwan, Mark O’Dea, Melissa Campbell dan Geoff Andre Feyaerts itu merupakan sebuah karya yang diadaptasi daripada pementasan teater berjudul sama.

Naskhah yang mengangkat tema persahabatan dan bergenre thriller itu mengisahkan lima orang sahabat iaitu Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir yang bercuti di Genting Highlands.

Bagaimanapun dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan Amir terkorban.

Ketika mahu membuat pengecaman mayat Amir dan menunggu di bilik mayat, satu persatu peristiwa aneh berlaku.

Lebih menimbulkan misteri, setiap kali sesuatu yang aneh berlaku, lampu akan terpadam secara tiba-tiba. Apakah yang akan terjadi? jangan lupa saksikan Siapa Tutup Lampu di Astro First.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca