Adik Ezad Lazim meninggal dunia

EZAD LAZIM
EZAD LAZIM
A
A
A

PENYANYI Ezad Lazim berkongsi berita duka kehilangan adik bongsunya, Mohamad Rizal yang meninggal dunia pada Selasa.

Berita tersebut dikongsi Ezad menerusi satu hantaran di laman Instagramnya semalam.

“Adik bongsu saya, Allahyarham Mohamad Rizal Mohamad Lazim kembali ke rahmatullah, pada jam 3.15 petang,” tulisnya.

Menurut Ezad, Allahyarham Rizal, 35, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selepas mengalami demam tidak menentu selama sebulan.

Bagaimanapun, sejak 18 September lalu, Allahyarham yang masih bujang itu berada dalam kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Difahamkan jenazah arwah perlu menjalani pemeriksaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak hospital sebelum dikebumikan.

Berita kematian Allahyarham Rizal yang juga merupakan seorang Pegawai Pusat Kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah itu turut dirasai ramai penggiat seni tradisional yang menganggap pemergiannya sebagai satu kehilangan besar buat kesenian tradisional tanah air.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca