Aisha Retno enggan mendongak langit

A
A
A

BIARPUN masih baharu dalam industri seni, nama komposer dan penyanyi muda, Aisha Retno tidak perlu lagi diperkenalkan dalam industri seni.

Sudah beberapa kali membuktikan kemampuannya dalam arena muzik, Aisha yang kini hangat dengan lagu berbahasa Inggeris, Wanna Hold U Tight (WHUT) yang merupakan ciptaan sepenuh olehnya berazam untuk terus memperbanyakkan lagu-lagu berbahasa Melayu.

Berpegang teguh pada prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, pemilik nama penuh Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, hasratnya bukan setakat untuk meraih peminat negara luar tetapi untuk turut memenangi hati peminat tempatan melalui pasaran arus perdana.

“Walaupun statistik WHUT amat memberangsangkan dengan 35 juta penstriman sejak tahun lalu, saya tetap beringat, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Memang nama Aisha Retno semakin dikenali melalui lagu itu, namun saya masih berpegang kukuh untuk menakluk pasaran arus perdana. Caranya ialah dengan menghasilkan banyak lagu-lagu berbahasa Melayu.

“Saya yakin, masih ramai di negara ini yang tidak kenal siapa Aisha Retno. Saya harap dengan cara ini, ia dapat membantu untuk meluaskan demografi dengan menguasai pendengar dari arus perdana dan antarabangsa sekali gus,” katanya.

Berkongsi mengenai kejayaan WHUT, pemenang tempat ketiga program Big Stage musim keempat itu meluahkan rasa syukur apabila lagu berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dalam laporan tahunan pelantar muzik Spotify, iaitu Spotify Wrapped.

Bahkan Aisha, 22, tidak menafikan kejayaan lagu tersebut menjadi penanda aras untuknya terus menghasilkan karya dan melonjakkan nama dalam industri.

“Alhamdulillah statistik meningkat daripada tahun sebelumnya. Sebenarnya, ini julung kali saya melihat sendiri statistik Spotify Wrapped.

Aisha masih giat menghasilkan lagu, bukan hanya untuk dirinya, tetapi penyanyi lain juga.

Sementara itu, mengulas mengenai lagu baharunya, I.L.S.M (I Love Sadness More), Aisha memberitahu, lagu itu diilhamkan daripada rentetan kisah WHUT.

Bagaimanapun timbul sedikit tekanan kerana karya itu berpaksikan pada kepada kejayaan terdahulu.

WHUT berkisahkan cinta monyet, I.L.S.M pula lebih ke arah memburu cinta serius dan lebih matang.

“Lirik yang menyentuh mengenai bekas kekasih itu membuatkan segelintir peminat marah kerana ia disifatkan kejam, ” jelasnya berseloroh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca