Jangan lupa follow kami di Instagram 

 

PENGIKUT setia industri hiburan Bollywood pasti mengenali aktor popular Ranbir Kapoor. Bukan sahaja memiliki kredibiliti dalam bidang lakonan, malah kekasih kepada aktres Alia Bhatt itu turut memukau ramai wanita.

Kemunculan pertama beliau dalam industri juga hangat diperkatakan terutama melibatkan tarian tuala yang dilakonkan menerusi filem Saawariya.

Sejak itu namanya sentiasa menjadi sebutan selain pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon popular Deepika Padukone dan Katrina Kaif.

Bukan sekadar wanita dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali menyukai sepupu kepada Kareena dan Karisma Kapoor itu.

Mengakui perkara tersebut agak melucukan, Aishwarya Rai memberitahu anaknya, Aradhya pernah ‘tergila’gilakan’ Ranbir.

Puteri tunggal kepada pasangan Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan itu juga pernah memeluk Ranbir secara tidak sengaja ketika berada di lokasi penggambaran filem Dil Hai Mushkil saat menemani ibunya.

Kata Aishwarya, Aradhya secara tiba-tiba berubah sikap menjadi pemalu dan sentiasa menjaga penampilan diri terutama apabila melihat Ranbir.

Iklan

“Anak saya memang mempunyai crush dengan Ranbir dan sangat menyukainya. Pernah suatu ketika, dia (Aradhya) telah berlari ke arah Ranbir dan memeluknya kerana menyangka beliau ialah bapanya.

“Situasi itu agak melucukan dan saya faham mengapa dia bersikap sebegitu kerana Ranbir kelihatan seperti bapanya dengan memakai jaket dan topi yang sama dipakai oleh Abhishek,” tutur beliau.

Iklan

Bukan sekadar itu sahaja, Aradhya malah enggan memanggil Ranbir dengan panggilan pak cik meskipun telah diminta beberapa kali oleh Aishwarya.

“Dia hanya memanggil Ranbir pak cik sebanyak dua kali sebelum menukar nama panggilan kepada RK. Tindakannya itu telah membuatkan semua yang berada di set ketawa,” ujar Aishwarya.

Sebaik mengetahui akan perkara itu, aktor Abhishek sempat mengusik Ranbir dengan mengatakan: “Ini dia yang menawan itu.”