AJL36 diteruskan 6 Mac depan

AJL36
AJL36
A
A
A

SETELAH mengumumkan barisan 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada 1 Januari lalu, TV3 mengumumkan malam kemuncak program berprestij itu akan diadakan pada 6 Mac depan.

Pengumuman penganjuran AJL36 dikeluarkan pada Ahad menerusi program hiburan, Melodi yang bersiaran secara langsung tengah hari tadi.

Tahun ini, AJL36 masih akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

Dalam keterujaan meraikan dan menobatkan karya muzik terbaik tanah air sepanjang tahun 2021, pihak TV3 dan produksi bagaimanapun akan memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika acara berlangsung.

“Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga,” ujar kenyataan terbabit.

AJL36 akan menyaksikan pertarungan sengit 12 karya muzik terbaik tanah air iaitu Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir, Noki) dan Salahku (Yonnyboii).

Enam karya lain yang turut bertanding adalah Sepi (Aina Abdul) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar), Mimpi (Haqiem Rusli), Lara (Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca