PENYANYI Nabila Razali dan Nana Sheme meluahkan rasa syukur apabila akaun YouTube mereka yang digodam pada minggu lalu diperoleh kembali.

Menurut Nabila, 29, biarpun jumlah pengikut sudah berkurangan menjadi 359,000 daripada 390,000 sebelum ini, dia lega apabila akaun YouTube tersebut berjaya diselamatkan.

“Akaun YouTube Nabila Razali Entertainment dah dapat balik. Alhamdulillah. syukur berkat doa anda semua.

“Jadi anda semua kena subscribe banyak-banyak sampai saya dapat blue tick. Jadi hackers jahat itu dah tak boleh nak hack lagi selepas ini,” jujar Nabila menerusi satu hantaran di laman Instagramnya.

Sementara itu, Nana Sheme berterima kasih kepada syarikat pengurusannya, Xeno Entertainment yang berusaha keras mendapatkan kembali akaun YouTube miliknya yang mempunyai lebih 100,000 pengikut.

“Terima kasih kepada Xeno atas usaha untuk dapatkan balik my old but gold YouTube Channel.

Iklan

“Terima kasih juga atas keprihatinan dan doa anda semua sehingga saya dapat kembali akaun YouTube ini. Saya sangat gembira.

Iklan

“Harap akaun ini dapat verified cepat, jadi tak mudah untuk digodam lagi,” katanya yang baru sahaja menerima YouTube Button Silver Play Button baru-baru ini.

Nana sebelum meluahkan rasa kesal apabila akaun YouTube miliknya yang menyimpan banyak kenangan bersama arwah ibunya sejak 10 tahun lalu digodam secara tiba-tiba.