Akhiri zaman bujang, Miller Khan kini bergelar suami

MILLER KHAN
MILLER KHAN
A
A
A

PELAKON kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan, kini bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihan hati, Farina Rebecca, 31, di Bali, Indonesia pada Rabu.

Miller, 34, meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan.

“Alhamdulillah saya terharu majlis dirancang berjalan lancar. Sekarang saya sudah ada pasangan hidup dan teman selamanya,” ujarnya sebagaimana dilaporkan media.

Abang kepada Isa Khan juga turut berkongsi foto-foto istimewanya bersama isteri menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Berita tersebut turut mendapat perhatian para peminat dan rakan-rakan selebriti yang turut memberikan ucapan tahniah, selain menitipkan doa agar perkahwinan pasangan ini sentiasa dirahmati.

Difahamkan majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bali itu diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat Miller dan Rebecca.

Pasangan ini saling mengenali selama lapan bulan sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 11 Mac lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca