Alami angin ahmar, Haeriyanto Hassan bakal jalani pembedahan

A
A
A

PELAKON Haeriyanto Hassan dijadualkan akan menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam masa terdekat.

Adik iparnya yang juga penyanyi, Oja atau nama sebenarnya, Daninaz Huza Daud berkata, Haeriyanto pada awalnya telah dikejarkan ke Hospital Ampang, Selangor pada Jumaat setelah mengalami serangan angin ahmar di rumahnya.

Oja bersama Haeriyanto.

“Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mendapati terdapat darah beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya.

“Insya-ALLAH beliau akan menjalani pembedahan membuang darah beku itu pada masa terdekat di HKL,” katanya.

Dalam pada itu, isteri Haeriyanto menerusi Instagram pelakon itu memaklumkan suaminya berada dalam keadaan sedar dan doktor masih berusaha menurunkan tekanan darahnya.

“Sekiranya tekanan darah beliau turun, doktor akan cadangkan apa yang terbaik untuk dilakukan selepas ini.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas satu persatu mesej yang masuk. Doakan Haeriyanto kuat dan kembali pulih,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca