‘Alhamdulillah… I’m home,’ – Intan Ladyana sudah pulih

HARRIS-INTAN
HARRIS-INTAN
A
A
A

PELAKON Intan Ladyana, 39, memaklumkan sudah pulang ke rumah setelah 10 hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19.

Isteri kepada pengacara dan penyanyi, Harris Alif itu berkata, dia kini semakin pulih dan sambung berehat di rumah.

"Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.

"Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin," kongsinya menerusi Instagram pada Sabtu.

Harris 23, sebelum ini meminta semua mendoakan keselamatan isteri dan anaknya dalam kandungan yang berusia 7 bulan agar kembali sihat.

Katanya, dia terlebih dahulu disahkan positif sebelum virus berkenaan menjangkiti Intan beberapa hari kemudian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca